CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Teka-Teki Terjawab, Nas-T Pegang Watak Keluang Man

28-11-2023 11:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13951| Komen: 101

Teka-teki peminat siri animasi popular, Keluang Man akhirnya terjawab apabila Nas-T diumumkan sebagai pelakon utama versi filemnya.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar yang dipilih berdasarkan video uji bakat yang dihantar kepada Astro Shaw beberapa bulan lalu mengakui, dia terasa kerdil jika dibandingkan dengan nama-nama besar lain yang turut melalui proses uji bakat.



"Saya masih gementar dan masih tak percaya dipilih sebagai pelakon utama. Memang saya akui prosesnya sangat sukar di mana uji bakat melalui empat fasa.

"Memang ramai pelakon hebat turut mencuba nasib. Saya sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai pelakon utama siri animasi yang ikonik ini. Saya rasa sangat kerdil," katanya.

Pelakon-pelakon filem Keluang Man diumumkan pada majlis sidang media memperkenalkan watak utama filem itu di sebuah pusat belah-belah di sini, hari ini.



Selain Nas-T, turut diumumkan tiga watak utama lain iaitu Shamsir yang dilakonkan Remy Ishak, Ahmad (Datuk Rosyam Nor) dan Inspektor Sahab (Anwar Beg Mughal).

Filem itu diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo yang juga pengarah siri popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM iaitu Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.

Filem terbabit kini dalam fasa pra-produksi dan sesi penggambaran dijangka bermula April tahun depan.

Keluang Man adalah siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.

Filem ini dijangka ditayangkan pada 2025.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 28-11-2023 11:41 PM
mmg kena la dia sbg kluang man
wah jadi hero la nas t
Quote Lampuled 28-11-2023 11:47 PM
Sesuai sgt.
Quote prizadane 29-11-2023 12:19 AM
Finally dia jadi hero!!! Tahniah nas t. Aku suka lakonan dia…
Quote TerataiMelur02 29-11-2023 12:24 AM
Mujur nas t bukan pelakon yang merempan tak dapat jadi hero tu
Quote Nenolen 29-11-2023 12:33 AM
Tahniah Nas…teringat anak2 kaka suka tgk ko jadi alien kat astro ceria…tak ingat tajuk series tu…
Quote kotakbaju 29-11-2023 12:47 AM
Ada yang komen kata jepp lebih sesuai pegang watak Borhan ni.

Aku lulus kalau si Nas T ni. Harap tak mengecewakan la nanti. Tak sabar nak tengok nanti.

Watak wartawan pompuan tu boleh kat sapa
Quote DianaSaksen 29-11-2023 12:51 AM
Sesuai sangat dikkkk
Quote one_aiman 29-11-2023 12:54 AM
nas T ni contoh pelakon slow2 kayuh lama2 jadi hero..good luck nas T
Quote luvcomot87 29-11-2023 12:56 AM
Tahniah nas t.. Sesuai sgt2..
Quote doubleA 29-11-2023 01:09 AM
Iols restu je nas t jadi keluang man. Siapa jadi tiong man?
Quote kotakominami 29-11-2023 01:13 AM
doubleA replied at 29-11-2023 01:09 AM
Iols restu je nas t jadi keluang man. Siapa jadi tiong man?

Bell.... Naim daniel...rahang...
Quote Kangkung1M 29-11-2023 01:20 AM
TerataiMelur02 replied at 28-11-2023 12:24 PM
Mujur nas t bukan pelakon yang merempan tak dapat jadi hero tu

Pelakon yang guna tagline The Best Never Rest ni, ke?

[Ig]https://www.instagram.com/p/CDwQZttjvm5/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote izat123 29-11-2023 05:17 AM
kotakbaju replied at 29-11-2023 12:47 AM
Ada yang komen kata jepp lebih sesuai pegang watak Borhan ni.

Aku lulus kalau si Nas T ni. Harap t ...

Yang semak petik nama Jep tu faham ke tak hero Keluang Man ni Astro Shaw dengan Director dia dah open untuk semua pelakon hantar showreel apa semua. Dah kalau Jep tu entah entah takde hantar apa satu pun macam mana nak terpilih?
Quote Buritan 29-11-2023 05:35 AM
kotakbaju: Ada yang komen kata jepp lebih ...


Sofea berakbah ok jgk..
Quote adeqbun 29-11-2023 07:21 AM
fuh ai is lega sbb bukan jep..
Quote phalanx 29-11-2023 07:30 AM
doubleA replied at 29-11-2023 01:09 AM
Iols restu je nas t jadi keluang man. Siapa jadi tiong man?


I tgk live press conference semalam. Director kata ni kluang man origin dan plan untuk banyak filem selepas2 ni.

Kalau permulaan, bukan borhan (penghuni pusat rawatan mental) tu yg kluang man. Orang lain. Sebab borhan jumpa suit kluang man. Pastu rekruit tiong man dalam pusat yg sama. So maybe filem ni pasal kluang man yg pertama, so tiong man belum ada lagi.
Quote johan-adx 29-11-2023 07:49 AM
nmpk mcm ngam jgk la dgn watak tu
Quote oklatu85 29-11-2023 07:52 AM
one_aiman replied at 29-11-2023 12:54 AM
nas T ni contoh pelakon slow2 kayuh lama2 jadi hero..good luck nas T

Dia Dalam airforce not bad jgk
Quote A-Are 29-11-2023 08:05 AM
Dia...bagai seorang pahlawan, menjadi pembela.....

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.045960 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top