PETALING JAYA –Para isteri tidak perlu bimbang dicop derhaka kepada suami jika tidak bersetuju dengan berpoligami kerana hukum ‘bernikah lain’ hanya disunatkan kepada golongan yang memerlukan.
Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun berkata, golongan wanita jangan takut dituduh sebagai melawan sunnah nabi dan takut dituduh sebagai penderhaka selagi tidak menganggap poligami itu adalah sesuatu yang salah, poligami boleh menzalimi wanita, kejam dan tidak mengikut syariat. “Jika kita anggap hukum syariat poligami adalah seperti berikut, itu barulah boleh dikatakan kita melakukan tuduhan tidak berasas dan seterusnya berdosa. “Maksudnya itu tidak boleh, kita tidak boleh katakan hukum poligami seperti itu kerana poligami ini ada hikmah kepada yang memerlukan,” jelasnya melalui satu klip video ceramahnya, baru-baru ini. Tambah beliau, kepada pasangan yang memerlukan poligami, dituntut serta wajib berpoligami tentunya ada hikmah besar kepada mereka.
Namun, sebaliknya kepada mereka yang tidak perlu langsung berpoligami kerana syariat tersebut hanya disunatkan kepada mereka yang memerlukan. “Tapi kepada orang yang hukumnya harus atau tidak perlu untuk berpoligami iaitu apa yang dimaksudkan keperluan pernikahan seperti anak, kasih sayang semuanya sudah ada, maka tidak berdosa jika wanita itu menghalang. “Sebenarnya wanita yang menentang poligami ini bukanlah wanita yang tidak bersetuju dengan syariat itu tetapi suami mereka tidak mempunyai sebab untuk berpoligami,” jelasnya. – CARI Sumber: Kosmo
|
BoongaKertas replied at 28-11-2023 09:50 AM
rajin sheols komen isu terkini psl poligami. or adakah sbb mmg ni topik ceramah sheols pd waktu itu? ...
BoongaKertas replied at 28-11-2023 09:50 AM
rajin sheols komen isu terkini psl poligami. or adakah sbb mmg ni topik ceramah sheols pd waktu itu? ...
Nurdianah replied at 28-11-2023 09:41 AM
Inilah kualiti setazah clout chaser. Konsert Bachok ko buat2 buta, rogol jenayah seksual ko buat2 pe ...
babynina30 replied at 28-11-2023 09:54 AM
I tak paham camne tazah bleh femes tetiba
Dia mcm tros boom
Padahal 2016 dia bru back for good, iko ...
SalenaGomez replied at 28-11-2023 01:55 AM
Xpelik pon org tanya ustazah asma ni. Sebab sebelum ni pernah viral dia pernah bg statement yang d ...
kepompong replied at 28-11-2023 02:01 AM
apa dia ckp tu betul... walopon i tak setuju dgn byk perkara pasal dia up kan sesuatu.... tapi yg ...
jebatmaspunyer replied at 28-11-2023 10:34 AM
Nak komen apanya konsert tu buat kat wat siam. Hanya non Muslim saja yang boleh attend. Wat Siam t ...
anony-mous replied at 28-11-2023 05:46 AM
Confuse i. Sbb mcm pernah terbaca , klau laki tu mampu, xboleh tolak poligami? Sbb xde alasan kukuh ...
Nurdianah replied at 28-11-2023 01:39 PM
Oh gitu logik nye!
Bala kalau nak datang bukan dekat situ saja silap-silap satu negeri akan kena. ...
jebatmaspunyer replied at 28-11-2023 10:34 AM
Nak komen apanya konsert tu buat kat wat siam. Hanya non Muslim saja yang boleh attend. Wat Siam t ...
ADVERTISEMENT