CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tangkap Dua Lelaki Tempatan Terima Upah Buat Khianat Baling Cat, Api

27-11-2023 07:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1842| Komen: 9

Ipoh: Mengambil upah untuk melakukan khian


at menggunakan api serta membaling cat di sekitar bandar raya ini bagi menakutkan penduduk.

Itu 'kerja' yang dilakukan dua lelaki tempatan sejak awal bulan ini, sebelum mereka ditahan polis di stesen minyak di Jalan Besar Chemor, semalam.



Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, penahanan suspek berusia 27 dan 44 tahun itu menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes khianat.

Katanya, mereka yang masing-masing mempunyai 13 dan 20 rekod kesalahan lampau diberkas pasukan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ipoh dengan kerjasama D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

"Polis turut merampas Proton Saga BLM, telefon bimbit dan pakaian, selain ujian saringan air kencing suspek mendapati mereka positif dadah.

"Kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, suspek kini direman tiga hari hingga Rabu, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Yahaya berkata, kes terakhir dipercayai membabitkan suspek adalah perbuatan membakar Proton X50 yang diletakkan di sebuah rumah di Taman Badrishah, Lahat pada Jumaat lalu.

Katanya, suspek bukan along sebaliknya hanya diupah untuk melakukan kerja itu dan tidak mengenali orang yang mengupah mereka.

"Komunikasi melalui WhatsApp sahaja dan mereka berdua juga tiada pekerjaan tetap. Suspek mengaku sudah buat kerja ini sejak awal bulan ini tapi kita percaya mereka bukan baharu lakukan kerja seperti ini," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 27-11-2023 07:50 PM
org camgini sama level sirul?
Quote kepompong 27-11-2023 07:50 PM
"saya orang baik-baik"
Quote any42 27-11-2023 07:58 PM
berapa la upah dpt tu. org lain yg bdendam korang yg msuk penjara
Quote gigahertz 27-11-2023 11:36 PM
any42 replied at 27-11-2023 11:58 AM
berapa la upah dpt tu. org lain yg bdendam korang yg msuk penjara

kena check owner x50 tu. ntah ntah owner x50 yang suruh bakar.
tak larat nak membayar bulan bulan maka bakar je la. dapat insuran.
hutang 9 tahun pun sakit nak membayar.

Quote any42 29-11-2023 06:55 PM
gigahertz replied at 27-11-2023 11:36 PM
kena check owner x50 tu. ntah ntah owner x50 yang suruh bakar.
tak larat nak membayar bulan bulan  ...

adoi tsedak air yg tgh mnum ni. plot twist sgt ni. haha
Quote shamsadis 29-11-2023 08:22 PM
agaknya along upah dia tu agaknya
Quote AbukRokok 29-11-2023 09:16 PM
gigahertz replied at 27-11-2023 11:36 PM
kena check owner x50 tu. ntah ntah owner x50 yang suruh bakar.
tak larat nak membayar bulan bulan  ...

mcm cerita ahmad albabi

Quote gigahertz 29-11-2023 09:27 PM
any42 replied at 29-11-2023 10:55 AM
adoi tsedak air yg tgh mnum ni. plot twist sgt ni. haha

ekonomi tak elok sekarang
ramai sanggup buat apa2 janji duit selamat
Quote ⠀⠀⠀ 7-9-2024 12:32 AM

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.032088 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top