CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Graduan Wanita Dikecam Pakai Jubah Konvo Meniaga Pisang Goreng

27-11-2023 07:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7406| Komen: 107

Description: Seorang graduan wanita dikecam selaps menunjukkan dirinya berniaga pisang goreng dengan mengenakan jubah konvo.
Seorang graduan wanita dikecam selepas menunjukkan dirinya berniaga pisang goreng dengan mengenakan jubah konvo.

Dalam hantaran itu, dapat dilihat graduan tersebut membuat kerja-kerja dapur seperti memotong dan menggoreng pisang dalam jubah khas yang disediakan untuk majlis graduasi.


Foto: TT

Bagaimanapun, sesetengah netizen lantas mengkritik perbuatan wanita itu kerana beranggapan tindakan yang dilakukan boleh merosakkan jubah yang disewa.

Antara respons yang diterima:

“Tolonglah sewa buat cara sewa, kesian orang yang terima kemudiannya,”

“Weh jubah konvo mana boleh macam tu, nanti rosak kena bayar denda woi,”

“Perlu ke buat konten pakai jubah konvo buat gorengan? Buatnya jubah kena minyak, kena ganti rugi.”



Sementara itu, ada juga segelintir wargamaya yang mempertahankan graduan berkenaan kerana menurut mereka ia hanyalah sekadar konten yang dibuat atas dasar rasa bangga dengan kejayaan yang diraih.

“Konten dia tu untuk tunjukkan apa yang dilalui selama ni. Dia bangga dengan kejayaan kecil dia. Tak boleh ke kita rasa kebahagiaan dia,” tulis seorang netizen.

“Apa yang bitter korang ni. Sekejap je tu dia pakai nak amik video,” ujar seorang lagi warganet. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 27-11-2023 07:55 PM
Kot ye pun b40 simpan lah sikit perangai b40 tu. Apa sbnrnya yg nak disampaikan? Ke sejenis batak like?
Quote tepisket.. 27-11-2023 08:03 PM
Tgah in trend kan. Gasak la dek. Konvo da abis utang pt jgn lupa bayau.
Quote Belibis 27-11-2023 08:03 PM
Bukan luar kotak dah ni...luar otak namanya.
Quote sailormars 27-11-2023 08:27 PM
barang sewa x perlu buat macam barang sendiri...belajar letak had untuk setiap perkara yang bukan hak kita...
Quote Nokiaman 27-11-2023 08:46 PM
Da Mulayu , perangai stendedlaaa....kononnya da grad tapi tak malu niaga jual pisang...kan elok..jaja xxxtat je siap pakai jubah tu
Quote ninja boy 27-11-2023 08:57 PM
Nak bgtau yg ramai graduan kerja taraf spm dan peluang pekerjaan utk graduan pasaran hujung2 kerja mana yg ada kerja sbb ptptn kena bayar mak bapak minta wang gaji 50%
Quote noor2 27-11-2023 09:02 PM
Ni namanya beliau malu nk jual pisang goreng tapi duk tunjukla beliau adalah graduan University yg jual pisang goreng.


Ha gitu aku speku
Quote midori888 27-11-2023 09:07 PM
noor2 replied at 27-11-2023 09:02 PM
Ni namanya beliau malu nk jual pisang goreng tapi duk tunjukla beliau adalah graduan University yg j ...

Meols pun speku yg sama kak noor
Quote noor2 27-11-2023 09:11 PM
midori888 replied at 27-11-2023 09:07 PM
Meols pun speku yg sama kak noor

Kann cik midori...Harap tu bukan baju sewa masa konvo...rosak baju ..

Attention seeker sungguh
Quote midori888 27-11-2023 09:18 PM
noor2 replied at 27-11-2023 09:11 PM
Kann cik midori...Harap tu bukan baju sewa masa konvo...rosak baju ..

Attention seeker sungguh

Kannn attention seeker
Quote Cyempaka 27-11-2023 10:00 PM
Semoga dikecam sampai jd gila. Org sekarang memang peghak xtentu pasal. Semua pun lapar likes lapar viral. Xde sapa nak kagum tgk kau dek.. sekarang bersepah graduan. Dgn kos yg ntah apa2 pun byk lagi2 u*tm mmg byk kos bukan2. Nak kata lebih2 pun xblh aku pun grad sana
Quote ChildrenOfBodom 27-11-2023 10:23 PM
Tu jubah Uni mana?
Quote doubleA 27-11-2023 11:17 PM
Kepam berminyak la jubah tu. Dulu iols jaga betul sebab takut rosak jubah tu hak universiti melainkan ko beli. Beli jela kalau dah batak sgt buat costume meniaga ko
Quote cmf_premierleag 27-11-2023 11:20 PM
noor2 replied at 27-11-2023 09:02 PM
Ni namanya beliau malu nk jual pisang goreng tapi duk tunjukla beliau adalah graduan University yg j ...

Trend kt tiktok skang, budak2 ni make fully utilized the jubah konvo sbb katanya sewa jubah mahal2 RM300 ke mcm tu la...so depa lenjan la abis abisan sbb dh bayor 300 gitu
So bideo lain ada yg tunjuk tgh buat keje dlm rumah pun pakai jubah bagai
Pelik2 la bbnu skang ni
Quote Cyempaka 27-11-2023 11:21 PM
ChildrenOfBodom replied at 27-11-2023 10:23 PM
Tu jubah Uni mana?

Uitm...
Quote gigahertz 27-11-2023 11:27 PM
tepisket..: Tgah in trend kan. Gasak la dek. Konvo da abis utang pt jgn lupa bayau.

selain hutang PTPTN. nak minum air bersih di rumah sendiri pun
hutang juga.
Quote gigahertz 27-11-2023 11:28 PM
noor2 replied at 27-11-2023 01:11 PM
Kann cik midori...Harap tu bukan baju sewa masa konvo...rosak baju ..

Attention seeker sungguh

lepas ni goreng pisang dia mahal la.sebab graduate yang buat kan.
Quote gigahertz 27-11-2023 11:30 PM
Cyempaka replied at 27-11-2023 02:00 PM
Semoga dikecam sampai jd gila. Org sekarang memang peghak xtentu pasal. Semua pun lapar likes lapar  ...

Majikan awal awal dah blacklist perangai mcam ni. meroyan la lepas tu x dapat keje.
Quote hyie 28-11-2023 12:07 AM
ekceli kan, benda2 melibatkan istiadat konvokesyen ni kita takleh sewenang2nya guna untuk selain tu. Bergambar kenangan tu takpala. Campak2 topi pon tak boleh ok. Sebab macam mencemarkan 'kesucian' konvokesyen tu sendiri.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051797 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top