JAKARTA –Seorang tetamu tidak diundang datang makan secara percuma di sebuah majlis perkahwinan sebelum meminta izin daripada tuan rumah. Okezone melaporkan, individu tersebut mengaku bahawa dia hadir ke majlis tersebut tanpa dijemput serta membuat pengakuan menerusi nota yang diletakkan di dalam sampul wang.
Berdasarkan klip video yang dikongsikan di platform TikTok itu, individu berkenaan menjelaskan bahawa dia merupakan seorang perantau yang menumpang makan kerana mempunyai masalah kewangan. “Saya ialah tulang belakang keluarga dan tidak mempunyai wang mencukupi ketika ini. Saya perlu berjimat agar keluarga saya di kampung dapat makan dan hidup selesa. “Saya meminta izin untuk makan di majlis anda. Saya juga meminta maaf kerana hanya boleh mendoakan pasangan pengantin. Mohon ikhlaskan makanan yang telah saya makan,” tulisnya dalam nota tersebut.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen. “Begitulah orang yang mempunyai adab. Dia tahu bahawa dia tidak diundang, jadi dia meminta izin daripada tuan rumah,” kata seorang netizen. “Lebih ‘respect’ orang begini, daripada yang memberi sampul wang kosong,” ujar netizen lain. –CARI Sumber: Kosmo
|
naina: Makan jelah..kesian..
Decaffeinated replied at 28-11-2023 12:23 AM
lebih buruk dari akhlak peminta sedekah.
at least mereka jujur minta depan2. Yang ini siap makan du ...
jari10 replied at 27-11-2023 10:44 PM
Bagus hamba Allah ni. Cuma korang yg buat majlis kenduri kendara mohon hati2 ya dgn tetamu yg betul2 ...
Ah_Kwan replied at 29-11-2023 10:49 AM
keh keh keh
well...bila keluar dari dalam hati lu yang busuk pekat itu...
Decaffeinated replied at 29-11-2023 10:16 PM
nak mencuri pun pilih yang lauk sedap2 je
lepas tu sembunyi2 minta halal. agama apa yang ajar pun ...
Ah_Kwan replied at 30-11-2023 09:16 AM
keh keh keh
makin di reply...makin hitam nampak hati lu....
Decaffeinated replied at 30-11-2023 02:26 PM
Islam pun ajar adab kalau tak dijemput haram datang kan?
Nak minta sedekah takde saper larang. Ke ...
kita ini hidup untuk memudahkan urusan orang lain
kisas itu ada, tapi melepaskan haqmu itu lebih baik...
ADVERTISEMENT