Seorang lelaki berusia 36 tahun maut ditumbuk pada hidung oleh isterinya yang berang kerana permintaannya mahu ke Dubai untuk sambutan hari lahir ditolak. The Times of India melaporkan, kejadian itu berlaku pada Jumaat lepas, di rumah mereka yang terletak di kawasan perumahan mewah Wanavadi, India.
Mangsa yang dikenali sebagai Nikhil Khanna merupakan seorang ahli perniagaan dalam industri pembinaan dan dia telah melangsungkan perkahwinan cinta dengan isterinya, Renuka, enam tahun lalu. Menurut pegawai kanan polis Wanavaddi, kejadian bermula selepas pasangan itu bergaduh kerana mangsa tidak mahu membawa suspek ke Dubai untuk menyambut hari lahirnya. "Kejadian itu berlaku pada petang Jumaat. Mengikut siasatan utama, pasangan itu bergaduh kerana Nikhil tidak membawa Renuka ke Dubai untuk menyambut hari lahirnya dan tidak memberikannya hadiah mahal pada ulang tahun perkahwinan mereka.
"Renuka juga kecewa dengan Nikhil kerana tidak memberikan respons yang baik terhadap hasratnya untuk pergi ke Delhi untuk meraikan hari lahir beberapa saudara mara." Tambahnya lagi, semasa pergaduhan itu, Renuka telah menumbuk muka Nikhhil dengan sangat kuat sehingga hidung dan beberapa batang giginya patah. Disebabkan itu, berlaku pendarahan yang banyak dan mangsa jatuh pengsan dengan serta-merta. Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut. -CARI
|
ADVERTISEMENT