JAKARTA – Seorang pemandu ambulans mendakwa bahawa dia merakam video dipercayai puntianak. iNews melaporkan, pemandu bernama Geni Nur Alfiansyah itu sedang berjalan menuju ke ambulans selepas selesai menghantar jenazah ke sebuah tanah perkuburan di Depok, wilayah Jawa Barat.
Geni yang berjalan seorang diri ketika waktu maghrib terkejut melihat susuk wanita berambut panjang tidak jauh dari ambulans. Lembaga itu sedang duduk di sebuah kawasan dipenuhi pohon rimbun dengan rambut panjang mengurai menutupi keseluruhan wajahnya. “Ketika menunggu keranda (dikembalikan) di kawasan perkuburan, ada puntianak sedang duduk santai,” demikian menurut keterangan video tersebut. Geni memberanikan diri dengan merakam sekali lagi susuk puntianak itu sebelum berlari menuju ke ambulans. Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Baru kali ini saya benar-benar percaya dengan video penampakan (hantu),” kata seorang netizen. – CARI Sumber: Kosmo
|
dani-rox: <a href="https://i.imgflip.com/8718b.jpg" target="_blank">https://i.imgflip.com/8718b.jpg</a>
ADVERTISEMENT