CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kalau Masam Kenapa Makan Sampai Habis?" Peniaga Bengang Dengan Pelanggan

27-11-2023 07:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2444| Komen: 6

PETALING JAYA – Seorang peniaga  kecewa apabila pelanggan mengadu tentang masakannya.

Menerusi hantaran Penang Kini di Facebook baru-baru ini, peniaga tersebut menerima maklum balas bahawa makanan yang diberikan kepada pelanggan terasa masam.


Foto: Kosmo

“Pelanggan datang makan chicken buttermilk dan kata masam. Kami pun cubalah rasa sendiri masakan itu. Cuba tengok dalam gambar, kalau masam kenapa makan sampai habis?

“Pelanggan datang mengadu dekat kaunter dan saya terus pulangkan RM10 walaupun harga sepinggan nasi RM9.90. Tidak apa, sekupang itu saya sedekahkan saja.

“Pelanggan sebelum ini datang makan tak ada nak mengadu pun. Lain kali kalau masam, pulangkan saja makanan itu,” luahnya.

Di ruangan komen orang ramai dan beberapa pengguna menyifatkan pelanggan itu sengaja berbuat demikian untuk makan makanan percuma.

“Ujian kepada peniaga, halalkan sahaja nanti Allah beri yang lebih baik,” komen Khazami Ramli.


“Berniaga ini mengajar kita untuk lebih banyak bersabar. Semoga Allah melipatgandakan lagi rezeki awak selepas ini,” tambah Laily Dun.

“Rasanya hati dia yang masam. Nak makan percuma sahaja. Kalau dari suapan pertama sudah rasa masam, kenapa tak bagitahu terus? Semoga niat sedekah ini akan menambah lagi rezeki,” ujar Noraini Ismail. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akayfman 28-11-2023 01:06 AM
Discovering the best essay writing service was a turning point in my academic journey. The quality of work delivered surpassed my expectations, showcasing a profound understanding of the topic. The writers demonstrated expertise and creativity, crafting an essay that stood out. The service's commitment to meeting deadlines and providing affordable rates makes it a standout choice: cheap paper writing service If you're searching for a reliable and top-tier essay writing service, I wholeheartedly recommend the best essay writing service for an exceptional academic writing experience.
Quote A-Are 28-11-2023 07:52 AM
xboleh cakap jugak, bebaru ni kwn i olls beli kambing perap, da perasan masam rasanya tp continue makan sbb mmg igt jenis perapan gitu, lepas makan (hampir habis) dia ckp la dgn penjual supaya improve rasa supaya xmasam sgt...sbg penjual yg bagus dia bg yg baru sepeket semula, sbb dia tao kambing perapan dia slalu rasa manis xpernah masam...
Quote intan244 28-11-2023 09:22 AM
kadang bgtau utk improvement. ckp je la next time kita bg free ke kan. kalau mkn hbs jgn refund.
Quote shernazz 28-11-2023 09:33 AM
Iols ada baca Komen kat FB..

Agaknya datang ramai ramai..
Pastu yang order ni komplen masam
Pastu semua pakat merasa betul.ke masam
Tu yang licin tu..
Quote bynroslan 28-11-2023 10:04 AM
Mahap cakap la, ramai ye jenis camni. Dah makan habis atau tinggal sikittt je lagi baru dia pergi complain. Ada kenalan meols suka buat camni kat restaurant/cafes memalukannnn. Ada yang betul2 tak perasan sampai dah nak hujung2, biasa org camni dia akan bgtau for improvement je tak mintak pun refund. Tapi kalau dah pekedai pun kerek hmm tak dapek den nolongggg
Quote ⠀⠀⠀ 7-9-2024 12:33 AM

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.028215 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top