PETALING JAYA – Sekumpulan pemandu lori bertuah apabila mereka diberi peluang menikmati durian dipercayai jenis musang king secara percuma di tepi lebuh raya. Situasi menarik itu dirakam dalam video berdurasi 32 saat sebelum ia tular di Facebook, selepas dimuat naik oleh Kuah Kacang.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi tepat ketika pemandu lori tersebut menerima ‘durian runtuh’ berkenaan. Namun berdasarkan komen orang ramai, ia berlaku di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas). “Murah rezeki yang tanam durian di situ, semoga sentiasa mengalir pahala buat tuan buah yang tanam,” komen Muhammad Ridzuan. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Mohd Syahril. Loading FB Post...
“Pokok durian tumbuh ini, ada orang makan durian dalam kereta dan campak biji dekat situ. 10 tahun kemudian jadilah pokok yang mengeluarkan hasil,” kongsinya. Perkongsian video itu telah mendapat sebanyak 6.6 juta tontonan dan 38,000 tanda suka. – CARI Sumber: Kosmo
|
SalenaGomez replied at 27-11-2023 07:55 PM
Wuuu rezeki. Cuma x pasti boleh makan ke tak mcm tu. Cuma nak bgtau skrg trend ek, klau tempat best2 ...
A-Are replied at 28-11-2023 08:01 AM
ramai je kawan i olls buat gitu, pergi staycation tempat cantik pon rahsia, makan nampk bes pon ra ...
SalenaGomez replied at 28-11-2023 09:06 AM
Fahammmm…bila viral ramai la yg pergi. Pastu x dpt nak kontrol quality dah. Pegi lagi skali dah x ...
ADVERTISEMENT