Shuib pelik apabila ada yang menuduhnya sengaja mempamerkan gaya hidup mewah di laman sosial. Kebanyakan perkongsian yang dibuat di laman sosial miliknya adalah disebabkan tuntutan kerja kerja berbayar.
"Pelik juga orang kata sebegitu tentang saya. hidup mewah yang macam mana mereka nampak pada saya? "Saya tak adalah kaya sangat dan tak hidup mewah, saya biasa-biasa saja. Kalau orang luar tengok saya pergi bercuti, buat reviu di tempat mahal, itu semua percuma... Orang yang bayar saya.
"Selain ada perniagaan sendiri, saya juga ada pekerjaan lain sebagai penyampai radio. Jadi janganlah cakap saya bermewah, saya biasa saja. Saya muka orang awam, bukan wajah T20," katanya kepada mStar. Menjawab tentang isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja di syarikat minumannya iaitu Bubble Bee, Shuib memberitahu ia sudah pun selesai.
Dalam masa sama perkara tersebut dianggap satu peringatan kepadanya sebagai majikan supaya lebih teliti dalam pengursan syarikat serta hak pekerja. "Seramai 300 pekerja sudah dimaklumkan mengenai pembayaran KWSP melalui kiriman e-mel dan memo. Isu tersebut telah pun selesai. "Ia umpama 'wake up call' untuk saya. Kalau tak dicuit mungkin saya tak sedar. Secara tak langsung ia pengajaran untuk saya," ujarnya.
Berkongsi pengalaman menjalankan perniagaan itu sejak 2019, kata Shuib dia sanggup tidak mengambil sebarang gaji bagi memastikan kewangan syarikat benar-benar kukuh. Bukan itu sahaja, dia juga turut menyalurkan wang daripada hasil pendapat lain supaya semua kebajikan pekerja tidak terabai. "Sebenarnya sudah setahun tak ada gaji dengan Bubble Bee. Semuanya saya buat secara percuma sebab saya pemilik syarikat ini dan saya perlu berjuang sampai habis.
"Ada rezeki daripada sumber lain yang saya salurkan kepada Bubble Bee hanya untuk melihat perniagaan terus bergerak. "Hampir tujuh angka nilai yang saya bawa masuk ke Bubble Bee daripada sumber kewangan yang saya dapat," jelasnya. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|