CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kenal Sekejap Terus Kahwin, Amylea Azizan Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Bomba Singapura

27-11-2023 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12462| Komen: 107

Amylea Azizan berkahwin dengan seorang anggota bomba asal Singapura.

Majlis pernikahan Amylea dan suami iaitu Mohammad Aqbar Mohamad atau Ash, 40, berlangsung di kediaman keluarganya di Kedah namun memilih merahsiakan tarikh sebenar mereka disatukan sebagai suami isteri.


Foto: mStar

Amylea, 37, memberitahu dia juga tidak menyangka perkenalan dalam tempoh singkat membawa mereka ke fasa seterusnya.

"Dalam fikiran saya yang tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, tiba-tiba kini sudah bergelar isteri.

"Perkenalan saya dengan Ash pun melalui media sosial sejak beberapa bulan lalu. Bila dah selesa berkawan, Ash terus melamar saya.



"Selepas berdoa dan buat solat istikharah, ada petanda baik yang berlaku... Kemudian dia terus berjumpa keluarga saya. Alhamdulillah, saya tak pernah setenang ini sejak Ash hadir dalam hidup saya," katanya kepada mStar.

Pada majlis pernikahan itu, Amylea menerima mas kahwin berupa senaskah al-Quran dan telekung serta hantaran berjumlah RM8,888.

Pasangan ini juga akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada 27 Januari tahun depan.

Istimewa sempena hari bahagianya itu, Amylea turut tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran yang didedikasikan buat Ash.



"Lagu ini berkisarkan kedegilan hati saya yang merasakan hidup ini seperti sudah berakhir. Panji Putih itu diibaratkan seperti saya mengalah (bendera putih).

"Manakala Pangeran pula sebagai tanda Ash sebagai orang barisan hadapan yang kerjanya saya hormat dan pandang tinggi," ujarnya.

Sementara itu pasangan ini terpaksa melalui fasa hidup pasangn jarak jauh disebabkan tuntutan kerja Ash sebagai anggota beruniform di negara kelahirannya itu.



Bagi Ash sebagai suami, dia sendiri akan berusaha agar mereka dapat tinggal bersama.

"Amylea faham dengan situasi ini dan kami sedang mencari jalan bagaimana untuk tinggal sekali.

"Hubungan ini berlaku terlalu pantas. Saya jugak tidak sangka perkenalan singkat kami ini diakhiri dengan penyatuan cinta yang indah. Kami just go with the flow," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Frangapini 27-11-2023 06:09 PM
Tahniah
Quote eely_shana 27-11-2023 06:11 PM
Tahniah amylea dan pasangan. Semoga berkekalan hingga ke jannah.
Quote I.K.A888990 27-11-2023 06:14 PM
wahhhh tahniah tahniah amylea
Quote takayama 27-11-2023 06:15 PM
Tahniah Amylea dan suami moga kekal hingga ke hujung nyawa. Tgk gambar diaorg yg kt bendang tu terus terigt kat alip ajes dan bini insecure dia tu sbb suami Amylea nmpk tinggi dan Amylea plk kecik comel aje
Quote edayildiz 27-11-2023 06:15 PM
seiras..
i nk tnya sbb i curious..kalau yg pasangan first time kawen tp umo dorg dh matang mcmni dorg malu malu jgk ke ..i hrp korg fhm soalan i ni
Quote marla69 27-11-2023 06:16 PM
tahniah amylea. dari peminat suara mu.
Quote telracs 27-11-2023 06:22 PM
Alhamdulillah

Semoga pernikahan ini mendapat keberkatanNya dan kekal bahagia sehingga ke akhirnya.
Amein Amein Amein Ya Rabbal Alamein.
Quote makadek 27-11-2023 06:41 PM
edayildiz replied at 27-11-2023 06:15 PM
seiras..
i nk tnya sbb i curious..kalau yg pasangan first time kawen tp umo dorg dh matang mcmni dor ...

Malu menda main je laaaa..
Quote rosmahisham 27-11-2023 06:41 PM
Alhamdulillah tahniah..iols suka lagu2 ciptaan sheols.
Quote cha-cha 27-11-2023 06:46 PM
Wahh tahniahhh, dapat abg bomba tinggi & kekar...
Quote kaseh80 27-11-2023 07:02 PM
Herloksssnya
Tahniah Amylea
Quote makneng 27-11-2023 07:16 PM
Tahniah

Quote sang_kuriang 27-11-2023 07:20 PM
Sweet sgt, tahniah Amylea & husb, moga berkekalan til Jannah, Ameen Ya Rabbb
Quote hokeypokey 27-11-2023 07:20 PM
dia yg kecik or laki dia yg besar???
Quote makita 27-11-2023 07:24 PM
edayildiz replied at 27-11-2023 06:15 PM
seiras..
i nk tnya sbb i curious..kalau yg pasangan first time kawen tp umo dorg dh matang mcmni dor ...

Mesti lah malu2..contoh : selama ni salin baju dlm bilik xde sapa nampak. Kentut xleh sukati dah.

Apa2 pon tahniah dan meols tumpang hepi dgn kapel ni.
Quote GegarVaganja 27-11-2023 07:29 PM
Tahniah Amylea. Semoga lepas ni banyak lagi lagu2 ngetop uolls compose ye. Dah ada cinta hati kan.

Quote irvene 27-11-2023 07:30 PM
tahniah amylea walau sebelum ni pernah bertunang or couple lama dgn mamat mana ntah. now Allah dah gnti kan dgn yg lebih baik
Quote jula7 27-11-2023 07:32 PM
congratsss amyleaaaaaaaaa
Quote Purplehaz 27-11-2023 07:35 PM
Omg! Amylea congrats!

Bagus..No gimik no drama .. kenal singkat terus kawin. Husband good looking. Semoga berbahagia dan cepat dpt anak.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.174052 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top