Datin Alyah mendedahkan kerap mendapat mesej gangguan daripada peminat fanatik peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV). Alyah berkata, peminat melepaskan kemarahan kepadanya susulan tidak berpuas hati apabila juri tetap ASGV yang juga suaminya, Datuk Ramli MS memberikan kritikan pedas terhadap persembahan artis kegemaran mereka.
Kata Alyah, meskipun dia merupakan isteri kepada Ramli namun itu bukan bererti dia mencampuri hal berkaitan tugas suaminya sebagai juri program tersebut. "Saya ini tidak campur hal tentang ASGV, memang Tok Ram (panggilan Ramli) suami saya, tapi kami bukan kembar siam ya! "Tidak adalah semua benda saya kena ambil tahu. ASGV pun jarang pergi dik," katanya di IG Story. Penyanyi itu turut memuat naik tangkap layar dia diserang peminat Aliff Aziz yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila Ramli sering memberikan kritikan pedas terhadapnya. Alyah memberitahu dia akan memuat naik setiap mesej yang diterima berkaitan program tersebut di Instastory miliknya. Alyah turut berpesan kepada fanatik program itu agar tidak melibatkan dia dengan sebarang perkara berkaitan ASGV. “Siapa siapa yang mesej saya hal ASGV, tidak puas hati ke apa ke, saya memang akan paparkan di Instastory saya. “Tolong jangan babitkan saya. Saya ni dekat rumah tidak kacau orang pun. Adoi, penatlah macam ini,” ujarnya.
|
miss_strangers replied at 28-11-2023 10:00 AM
Alyah ni nampak takut betul dgn tokram..camna ntah dia pujuk tokram y tua n berangin selalu tu
kepompong replied at 28-11-2023 10:05 AM
tupasal previous wife hangkat kaki
miss_strangers replied at 28-11-2023 10:10 AM
Tapi tengok karakter Jennifer tu pon macam tegas...jenis api sama api la kot dgn tok ...
miss_strangers replied at 28-11-2023 10:00 AM
Alyah ni nampak takut betul dgn tokram..camna ntah dia pujuk tokram y tua n berangin selalu tu
blekkep replied at 28-11-2023 08:48 PM
Tokram cool chuols...takde pun berangin slalu...slalu bo layan tu ade la...haha..heols suke masak ...
GegarVaganja replied at 29-11-2023 12:35 PM
Itulah. Bila tengok betul2 Tokram ni, heolls ok jah.
Dengan Azwan Ali yang tingtong tu pun, heolls ...
blekkep replied at 29-11-2023 05:20 AM
actually sbelum diva tu makin tingtong mcm skrg, dulu heols ok jah..org2 astrok mmg lg suka AA dr ...
ADVERTISEMENT