CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Nepal Cuba Culik Budak Perempuan Ditinggalkan Bapa Atas Motor Di Kedah

27-11-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3135| Komen: 37

Sungai Petani: Lelaki warga Nepal ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis ketika cuba melarikan kanak-kanak perempuan di hadapan kedai di Pekan Jeniang, Gurun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, anggota Pondok Polis Jeniang, Gurun menerima panggilan daripada orang awam, 7.20 pagi tadi.


Beliau berkata, suspek cuba melarikan kanak-kanak perempuan, 3, di Taman Seri Emas.


Foto: Harian Metro

"Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di tepi jalan, di hadapan kedai roti canai itu yang mana motosikal bapa mangsa diletakkan di tepi jalan untuk pergi membayar dan mengambil tempahan roti canai yang dibuat.

"Menurut bapa mangsa, anak perempuannya itu ditinggalkan dalam keadaan duduk di bahagian hadapan motosikal (kaki di dalam raga) bersendirian dengan jarak motosikal tidak jauh dari kedai makan itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Zaidy berkata, berdasarkan keterangan saksi, suspek kemudian meluru ke arah mangsa dan mendukungnya sebelum mengundur beberapa langkah sambil mengacukan pisau ke arah leher kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata, suspek turut bercakap dalam bahasa tidak difahami seperti meminta wang untuk makan kepada bapa mangsa yg berada di hadapan suspek ketika itu.

"Bapa mangsa yang ketika itu panik cuba menenangkan mangsa sambil memujuk supaya suspek menyerahkan semula mangsa kira-kira tiga minit.

"Dalam usaha mencari peluang ketika suspek leka, orang awam yang turut menyaksikan kejadian itu berjaya menarik tangan suspek dari arah belakang dan terus menangkap suspek dengan bantuan oleh orang awam lain dan bapa mangsa sendiri.

"Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan, dan suspek diserahkan kepada polis," katanya.

Zaidy berkata, hasil semakan mendapati, satu laporan polis telah dibuat oleh majikan suspek, 8 November lalu mengatakan suspek melarikan diri dari majikannya.

Beliau berkata, suspek masuk ke negara ini untuk bekerja di kilang di Sungai Lalang, di sini sejak sebulan lalu.

"Akibat tekanan kerja yang dihadapi suspek menyebabkan dia melarikan diri dari majikannya.

"Soal siasat awal juga mendapati, motif suspek bertindak demikian kerana terlalu tertekan dengan hidupnya dan berada dalam keadaan kelaparan ketika kejadian kerana sudah beberapa hari tidak makan," katanya.

Zaidy berkata, tangkapan terhadap suspek turut dilakukan dan pisau dirampas.

Beliau berkata, mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 27-11-2023 11:51 AM
Patutlah majikan kapitalis Malaysia tergila-gilakan pekerja asing macam orang ini. Oh ya, orang Melayu malas kerana enggan didera seperti orang ini.
Quote eragon 27-11-2023 11:54 AM
anak 3 tahun tinggal atas motor sorang2?
Quote takayama 27-11-2023 12:01 PM
Si Nepal ni mmg salah tp si bapa pun sama salah sbb cuai, x kiralah sekejap ke apa tak blh ke bawa sekali anak tu msk dlm kedai. Klu bebetul dilarikan nanges air mata darah pun dah x berguna
Quote Cyempaka 27-11-2023 12:01 PM
ha tinggalkan lagi. selalu sangat tengok makpak tinggalkan anak dalam raga moto dgn enjin pun tak matikan. buat mudah je...
Quote ketambangkang 27-11-2023 12:02 PM
pngajaran utk si bpk jgk jgn suka2 tggal anak sorg2
Quote A-Are 27-11-2023 12:35 PM
janganlah tinggalkan anak ke 3 tahun ats motor sorang2...kebarnagkalian diculik mmg lah rendah...masalahnya kalau jatuh, terhimpap moto naya..xpon bebudak kang suka pulas handle motor..haihhh
Quote clueless_gamer 27-11-2023 12:36 PM
org nepal ni tgh terdesak.. terlalu lapar dan tak kenal sesapa pun.. total stranger in a foreign land

dia ada mintak makanan dulu tp sbb brader tu tak paham bahasa dia.. risau pun ye jugak tgk org mcm ni

aku pernah sembang satu buruh kontrak ni.. dia kata mmg biasa kalau keja tu gaji akan dapat lambat, selalunya lepas 2 bulan.. padanlah diorang makan nasik dgn kuah je, sbb nak jimat duit mmg takde

tu belum masuk kes terpaksa buat jenayah sbb nak survive tu.. hidup ni susah, tapi ada org lain lagi susah dari kita.. bersyukurlah dgn apa yg kita ada ni
Quote Skuau 27-11-2023 12:40 PM
"saiya salah tada..bapak dia salah kasi tinggal anak...saiya angkat la...Ini negara Malezia boleh..vutul-Nepal la
Quote airmineral 27-11-2023 12:51 PM
kilang apa kat sungai lalang?
kat msia ni kalau lapar minta makan orang bagi je tau
ni sapa mengasari orang nak ugut2, mmg la org lanyak ko sampai lembik
Quote johan-adx 27-11-2023 12:55 PM
semak pula bila tlalu ramai pendatang2 kt msia ni
klu nk skalipun biar la dgn kuantiti yg cukup dgn permintaan pekerjaan
Quote Triple_8 27-11-2023 01:13 PM
Skuau replied at 27-11-2023 12:40 PM
"saiya salah tada..bapak dia salah kasi tinggal anak...saiya angkat la...Ini negara Malezia boleh..v ...

Lima (5) posting di atas membenarkan kenyataan ini.
Quote ninja boy 27-11-2023 02:25 PM
Macam biasalah pekerja asing kerja macam lembu majikan byr lambat sampai 6 bulan x suka kerja byk lagi warga asing mau kerja jadi lembu pun lembulah utk 2-3 tahun dah pandai pengalaman kemudian upgrade jadi tokey buat bisnes
Quote habisnamadahni 27-11-2023 02:29 PM
airmineral replied at 27-11-2023 12:51 PM
kilang apa kat sungai lalang?
kat msia ni kalau lapar minta makan orang bagi je tau
ni sapa mengasar ...

alasan je tu ..ntah² ada niat lain budak perempuan kot
Quote I.K.A888990 27-11-2023 02:52 PM
"Menurut bapa mangsa, anak perempuannya itu ditinggalkan"

malas nak baca habis baca sampai takat tu je....
Quote sayurmayur88 27-11-2023 04:30 PM
kaduk naik junjung???
Quote ifanonline 27-11-2023 04:33 PM
bangladesh, pakistan, nepal memang takleh tengok wanita2 melayu yg chubby2 dan andartu...ibarat musang melihat ayam goreng seekor
Quote aciksenah 27-11-2023 04:51 PM
A-Are replied at 27-11-2023 12:35 PM
janganlah tinggalkan anak ke 3 tahun ats motor sorang2...kebarnagkalian diculik mmg lah rendah...mas ...

Mak bapak cuai. Kalau jadi apa2 kat anak. Kata tu semua asbab je. Benda dah nak jadi. Tuhan bagi akal tu..cuba la berfikir sikit. Sebelum tinggal anak tu cuba fikir kemungkinan yang akan terjadi. Bukan ambik mudah je. Teringat pulak kes budak 2 tahun yang mati lemas jatuh dalam longkang tu..
Quote fortiori13 27-11-2023 07:17 PM
Tinggal anak gitu, mmg bukak peluang kat penjahat nak buat jahat
Quote any42 27-11-2023 07:47 PM
klau fon ttinggal sanggup patah balik mnggagau cari smpai jumpa. ank sndri snggup tinggal sorang2 gitu je wlau konon dekat je. skrng ni bhya di mana2 oiii

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.274120 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top