CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belacan Banyak Sangat, Tak Pecah Minyak, Guna Serai- Gagal 100 Peratus, Tukang Masak Orang Putih Dikutuk Masak Sambal Nasi Lemak

27-11-2023 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2936| Komen: 31

PETALING JAYA – Pengguna media sosial kutuk seorang tukang masak luar negara selepas mereka kurang bersetuju dengan penyediaan sambal nasi lemak yang mengandungi banyak belacan.

Kata pengguna, cara pembuatan sambal nasi lemak oleh tukang masak dikenali sebagai Andy Cook di laman TikTok itu adalah gagal 100 peratus.


Tukang masak itu terlalu banyak menggunakan belacan dalam resepinya, sambal tidak pecah minyak dan kurang bawang merah.




“Dia buat sambal nasi lemak gagal 100% sebab belacan banyak sangat,” tulis @azhar M.

“Bahan dah ngam (kena), cuma tak pecah minyak dan bawang merah tak banyak,” kata @cikcha.shop.

Malah dakwa pengguna lagi, cara masakan sambal nasi lemak itu sudah ‘lari’ dan tidak menggunakan bahan yang betul.



“Dia buat sambal ke pes tomyam? Sambal nasi lemak rasanya pakai banyak bawang bukan serai,”ujar @hujanblueberry

“Dia guna belacan macam nak buat air asam makan sekampung,” kata @JohnDblend.

Malah kata pengguna lagi, penyediaan sambal nasi lemak yang betul dan lazat adalah dengan memasak lama sambal sehingga pecah minyak serta meletakkan sedikit gula perang.

“Kena letak banyak minyak baru pecah minyak tu sedap, sambal kena masak lama atas dapur bagi pecah minyak dan letak gula perang,” jelas @KAYUHOME PERABOT MEWAH.

Terdahulu, menerusi klip video yang dikongsi di laman TikTok, Andy Cook dilihat menggunakan banyak hirisan belacan dan serai ketika memasak sambal nasi lemak.

Selain itu, dia turut menggunakan bahan lain seperti bawang merah dan putih dan lada kering. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-11-2023 10:45 AM
mOHON CHEF WAN melahar mamat yg buat nasi lemak ni, byknye belacan ingat belacan tu mcm cheese kah? ekekekek
Quote ketambangkang 27-11-2023 10:51 AM
dia guna belacan versi sana kot..adik ipaq dok kat dubai pon ckp belacan yg diimport kat sana takde rasa udg kering..nak masak mmg kena boh byk2..klu dia balik sini mmg dia borong stok belacan byk2 bwk balik sana
Quote prince_marhaen 27-11-2023 10:53 AM
melayu bodoh yang komen pls how to make sambal tu pun dah kenapa? mak kau, nenek kau ke kawan2 pompuan kau semua tu bodoh sangat ke tak ajar...kau tanya omputih busuk ni jugak macamana buat sambal...sah-sah la bukan kepakaran dia...hadap sangat omputih busuk macam ni, macam la dapat ciknek dia masuk molot kau??? bangga la omputih reply komen kau siap video sekali....apa la si bodoh ni fikir yekk.. omputih, pinoy, indon caprut, russia, semua bbuat video pasal Malaysia, Melayu.....mesti ada si bodoh yang macam ni..kekonon kagum ye.. cakap BM sikit pun dah bangga, siap suruh datang malaysia nak belanja jalan2 bagai...cuba kau buat video pasal negara diorg??? silap2 kau kena terajang ye kalau masuk negara dia acah2 traveller...
Quote dua_chzy 27-11-2023 10:58 AM
Dah kenapa pula takleh pakai serai? Cer terai. Kick oooo
Quote rospinki 27-11-2023 11:00 AM
mesti bau belacan satu taman
Quote B40tastePosh 27-11-2023 01:16 PM
Aduhh, belajar la appreciate dia punya effort nak memasak makanan Melayu kau kaum yg whoryus tu.

Macam la Melayu hebat sangat nak kutuk bangsa Kulit Putih.

Sepatutnya ko kena tunjuk cara masak yg betul, bukannya mengutuk macam takda tamadun...tahulah Melayu tamadun rendah tapi cuba acah2 tunjuk kita ni polite dan bertamadun tinggi.
Quote Thunderclouds 27-11-2023 01:26 PM
Cer nengok mulayu masak western, italian foods cemana gaya.
Gagal 100% jugak dekk kalo depa tgk.
Quote bynroslan 27-11-2023 01:39 PM
Ye wei, kawan bila holiday balik malaysia pun dia ready stock belacan bawak balik ke australia sebab katanya belacan sana takde lansung bau dan masin belacan tu. Setakat serai sebatang tu takdenya efek sgt rasa sambal tu, meols kalau buat sambal nasi lemak meols tambah daun pandan kasi wangiiii
Quote bynroslan 27-11-2023 01:40 PM
Thunderclouds replied at 27-11-2023 05:26 AM
Cer nengok mulayu masak western, italian foods cemana gaya.
Gagal 100% jugak dekk kalo depa tgk.

Tengok deme ni buat black pepper sauce je dah cukup sis, dah la cair, rasa payau, pedar, tengik semuaaaa ada
Quote annehuda 27-11-2023 01:45 PM
ada byk cara nak buat sambal.  mcm sambal indon mmg pedas namatey, sambal org melayu ni kalau korang perasan die rasa manis skit, sambal orang cina plak die lg kering dr melayu buat punye. bab sambal boh serai, bleh ja tp nasihat aku pakai pes serai yg dh hancur lumat tu. takat pakai blender angpa tu jadik mmg jadik tp nnt akan ada serat2 skit
Quote nazurah 27-11-2023 01:45 PM
netizen terpaling ni pun.... semua benda nak kecam. matsaleh tu masak sambal ikut selera dia, biarlah. dia kat aussie tu pun silap2 dah try berjenis2 sambal yang ada kat nusantara ni.

masak sambal letak serai... sedap, wangi. masak sambal kurang guna minyak pun boleh, nak berlandung minyak pun boleh. masak sambal takmo letak belacan pun boleh.

andy pun kata dia suka belacan...
Quote kucingitam 27-11-2023 01:47 PM
memasak ni ikut gaya suka masing2 la.tah dia suka mkn belacan, dia letak la belacan bnyk2.. janji rasa sdp sudah, takyah nak ikut buku sgt..preference memasing
Quote makita 27-11-2023 01:50 PM
Edited by makita at 27-11-2023 01:51 PM

Biar je la mamat ni msak dgn cara dia. Kang dia reti masak dgn cara yg betul dan sedap, bila umo 60, dia bukak francise menu nsi lemak sedap seluruh dunia ternganga kang.
Quote I.K.A888990 27-11-2023 01:53 PM
terpaling betul acik2 netizenssss ni
cuba hang masak masakan depa pulak...
Quote OsHiN_hOnEy 27-11-2023 01:53 PM
mcm some of you
buat bolognese sos guna cilisos dan tomato sos
buat carbonara pakai susu bagai
masal spagheti tak bubuh any italian herbs
lasagna guna entah apa2
grill steak sampai keras kejung

takda pun dorg ckp merosakkan their culinary

gitu lar konsepnya

ada satu mamat di belgium siap jual sambal nasi lemak dlm botol
laku keras

Quote antikorok 27-11-2023 01:56 PM
Eiii. Daku tak boleh belacan bebanyak ni, gatal jahhh rasa idong. Nak suh tenyeh idong gatal sbb alergik sampai hilang idong tu ker?
Quote Jitu 27-11-2023 02:01 PM
jadi sedap ke tak ni si andy masak

btw skrg ni pun tgh layan forum sambil pekena nasi lemak
sedap jugak sambal org ni buat
Quote Jitu 27-11-2023 02:05 PM
annehuda replied at 27-11-2023 01:45 PM
ada byk cara nak buat sambal.  mcm sambal indon mmg pedas namatey, sambal org melayu ni kalau korang ...

letak serai klu terlebih lain macam rasa
baik la tak letak langsung
Quote ekselen 27-11-2023 02:21 PM
prince_marhaen replied at 27-11-2023 10:53 AM
melayu bodoh yang komen pls how to make sambal tu pun dah kenapa? mak kau, nenek kau ke kawan2 pompu ...

sabo cik bang...kan dia tanya how DID you make sambal tu? maksudnya dia tanya camne chef tu buat sambal versi dia... so nk compare la kot ngan ummah malaya punya versi... bkn dia tnya org tu camne nk buat sambal...lain tu...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036429 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top