CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak-Budak Kampung Di Kuantan Memang Limited Edition- Tak Takut Langsung Jumpa Pocong Dalam Semak, Siap Rakam Video

27-11-2023 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2822| Komen: 27

Sekumpulan budak kampung ketawa terbahak-bahak ketika mereka terserempak dengan pocong.

Dalam video yang tular di TikTok itu, salah seorang daripada mereka menyuluh lampu motosikal ke arah makhluk aneh yang kelihatan sedang berdiri tegak di dalam semak.


Turut kedengaran suara rakan-rakannya yang sedang ketawa meskipun mereka sedang berdepan kejadian menakutkan.




"Hahaha, hantu. Ha nampak dah, nampak dah. Hantu guys, jangan dekat-dekat guys.

"Mari buat paranormal, hantu guys. Weh hantu, tolong," ujar budak-budak kampung itu secara berseloroh.

"Budak kampung ni memang limited edition," tulis pemilik akaun TikTok @urahmesengg yang berkongsi video berkenaan.

Berdasarkan keterangan pada hantaran itu, video berkenaan dipercayai dirakam di Kuantan, Pahang.

Di ruangan komen, ramai netizen turut terhibur dengan aksi budak-budak itu dan memuji keberanian mereka.




"Pocong pun pelik, kenapa aku digelakkan?

"Hantu pun dah tak selamat sekarang. Mencabar sungguh tahun 2023 ni.

"Bagus dik jangan takut selain Allah.

"Keras (berani) molek budak Kuantan," tulis netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 27-11-2023 09:45 AM
penipu jer tuhhhh demi content
Quote naina 27-11-2023 10:15 AM
Edited by naina at 27-11-2023 08:46 PM

Penipu..aku tak rasa budak sekarang sekuat itu
Jelas plak hantu tu
Bukan spttnya transparent ke
Quote Perwira2022 27-11-2023 10:43 AM
Golongan B40... Biasalah... Suruh kuasai sains tak mahu. Lebih minat benda2 mistik. Sebab tak perlu guna otak.
Quote dua_chzy 27-11-2023 10:55 AM
naina replied at 27-11-2023 02:15 AM
Penipu..aku tak rasa budak sekarang sekuat itu
Jelas plak hantu tu
Budak spttnya transparent ke

Ex students aiols pernah kejar pontianak (atau langsuir kot. Dok atas pokok). Meka siap baling pakai selipar. Tapi takda fon la nak rakam. Jumpa masa balik asrama lepas prep malam tapi ni kejadian dah lama dalam 14 tahun lepas masa aiol mula2 mencikgu.
Quote dua_chzy 27-11-2023 10:56 AM
naina replied at 27-11-2023 02:15 AM
Penipu..aku tak rasa budak sekarang sekuat itu
Jelas plak hantu tu
Budak spttnya transparent ke

Btw aiols pernah nampak hantu jelas fizikalnya macam manusia rupa. Idok transparent.
Quote ifanonline 27-11-2023 10:56 AM
hantu ni adalah jelmaan setan, memang wajib utk menyerang setan
Quote anony-mous 27-11-2023 10:57 AM
Perwira2022 replied at 27-11-2023 10:43 AM
Golongan B40... Biasalah... Suruh kuasai sains tak mahu. Lebih minat benda2 mistik. Sebab tak perlu  ...

Haha mcm mengena plak komen u ni
Quote epullipan 27-11-2023 11:20 AM
so nak kena percaya ke idok ni
Quote grouper 27-11-2023 11:26 AM
dua_chzy replied at 27-11-2023 10:55 AM
Ex students aiols pernah kejar pontianak (atau langsuir kot. Dok atas pokok). Meka siap baling pak ...

Bdk2 asrama mmg mcm ni yg laki la. Time aku dok asrama dlu pun mmg ada geng yg hambat benda2 pelik ni..x pernah lagi kena kaco balik atau demam ke apa. Makin kurang penampakan benda tu ada la
Quote Siput_Sawah 27-11-2023 11:29 AM
adoii sekali tgk pun tahu tipu.mudah sunggunh netizen Malaysia kena kencing.
Quote AbukRokok 27-11-2023 11:40 AM
ifanonline replied at 27-11-2023 10:56 AM
hantu ni adalah jelmaan setan, memang wajib utk menyerang setan

setiap malam jumaat mmg kewajipan utk menikam setan
Quote myakayina 27-11-2023 12:13 PM
knp aku rasa mcm betul, sbb masa kecik2 dulu pun takde gadget segala, balik mengaji geng2 budak laki jumpa hantu kenit, dorang lagi kejar benda tu..last2 hilang di sebalik pokok kekabu..
tapi sian ya pocong tu, digelakkan mcm tu..
Quote twins 27-11-2023 12:28 PM
mesti menyesal pocong tu menyakat budak2 tu....buat penat jer berdiri terpacak dalam semak tapi kena gelak sakan
Quote dua_chzy 27-11-2023 01:34 PM
grouper replied at 27-11-2023 03:26 AM
Bdk2 asrama mmg mcm ni yg laki la. Time aku dok asrama dlu pun mmg ada geng yg hambat benda2 pelik ...

Tu la. Takda pon demam seminggu ka apa. Haha. Tapi aku pon perasan hantu ni tak minat kacau orang yang berani. Yang penakut2 tu yang dia paling suka. Orang yang asyik husnuzon fikir positif bila diganggu hantu pu. takkan dikacau teruk2 punya (contohnya, pintu tandas dalam bilik tetiba terbuka pehtu ko positif kata, ah angin tuh, walau tau dari celah mana je la hantu boleh bukak pintu tandas sebab tingkap suma bertutup).
Quote Jitu 27-11-2023 02:31 PM
susah nak percaya benda kat tiktok ni byk yg tipu
Quote SWORKS27 27-11-2023 02:34 PM
hahaha..nak takut buat apa..hantu tipu demi konten
Quote lee_sakura 27-11-2023 02:53 PM
bersih sgt kainnya, mcm baru lepas basuh dgn nila
Quote kitty_lynne 27-11-2023 03:29 PM
Mcm geng para yg dok cari hantu tu la… penipu je.. pakai prop je semua
Quote venom1 27-11-2023 04:23 PM
hantu ni kita memang boleh rakam ke guna camera atau handphone? dia berjasad ke?

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.185576 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top