CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shiha Zikir Tolak Tawaran Kerja Andai Perlu Naik Kapal Terbang, Terbayang Terhempas Di Laut

26-11-2023 06:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2261| Komen: 19

Penyanyi Shiha Zikir mendedahkan masalah kebimbangan melampau atau anxiety dialami semakin parah sehingga dia takut menaiki kapal terbang.

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata, berita tentang pesawat terhempas sebelum ini juga menjadi faktor yang menyumbang kepada ketakutannya.



"Mungkin ramai tak tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anxiety semakin menjadi-jadi... Tambahan pula ketika itu banyak berita tentang pesawat terhempas.

"Sekarang ini terbayang kapal terbang pun rasa berdebar," katanya.

Shiha berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, dia juga berkongsi perbualan dengan seseorang yang mengundangnya mengadakan persembahan pentas di Kuching, Sarawak.

Shiha juga memaklumkan banyak tawaran kerja yang terpaksa ditolak sekiranya memerlukan dia perlu menggunakan pengangkutan udara.


"Saya fobia kepada laut. Selalu terbayang kapal terbang terhempas jatuh laut.

"Banyak kerja yang saya tidak ambil kalau perlu naik pesawat," ujarnya.

Tambahnya dia juga tidak pasti punca sebenar masalah tersebut sedangkan sebelum ini sering menggunakan menaiki pesawat termasuk ketika dia aktif membuat persembahan di Indonesia.

"Sebelum ini setiap minggu ulang-alik ke Indonesia dan bercuti ke mana-mana. Inilah sebabnya saya sudah lama tidak ke Indonesia dan ke tempat yang memerlukan naik pesawat," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 26-11-2023 07:06 PM
pegi indon naik ferry la masuk thru batam  
Quote lilac85 26-11-2023 07:22 PM
Sarawak 2 jam je...ko tido je
Quote mrssultan 26-11-2023 08:14 PM
Weh edit apa nie? Nampak macm lofa zaman couple dgn Hanz. Rambut makeup sama. Kenapa aku tahu? Sbb zaman tue zaman aku baru nak ngefan dia.
Quote JahLupa 26-11-2023 08:15 PM
Been in that situation. Mmg x gerak kemana. Semua benda la takut
Quote rayna_raynes 26-11-2023 08:50 PM
Kesian Shiha. Anxiety mmg gitu, dia makan kita dari dalam. benda yg kita dulu suka jadi benda paling menakutkan pulak
Quote lucky_peace 26-11-2023 09:40 PM
lilac85 replied at 26-11-2023 07:22 PM
Sarawak 2 jam je...ko tido je

Kalau dah axienty belum naik dah rasa x tentu arah, mmg x dpt nak tidor.. risau kang dah depart terus meronta2 nak keluar..
Quote lilac85 26-11-2023 09:47 PM
lucky_peace replied at 26-11-2023 09:40 PM
Kalau dah axienty belum naik dah rasa x tentu arah, mmg x dpt nak tidor.. risau kang dah depart te ...

Allah kesian nya...takkan tak ada penyelesaian
Quote lucky_peace 26-11-2023 10:04 PM
lilac85 replied at 26-11-2023 09:47 PM
Allah kesian nya...takkan tak ada penyelesaian

Kena jumpa psikitrik rasanya..
Quote LembingDayanti 26-11-2023 10:04 PM
sapo la yg nak kasi kau show tu kat sana... sah sah penyanyi sana lebih hebat bertiang tiang dari u olss. ilusi sungguh leee
Quote royaldanish 26-11-2023 10:26 PM
semoga dipermudahkan urusan… bila dh tanam rasa takut tu memang beginilah… bila anxiety attack.. nak cari nafas tu susah… dh mcm nampak dah dunia sebelah sana
Quote Barebow77 26-11-2023 10:50 PM
Aku pon lemas rasa dok dlm kapal terbang..terbayang mcm2..hati meronta2 nak travel..bila sampai epot tunggu nak boarding mulalah berpeluh serba x kena..rasa dup dap jantung..mulalah teringat MH370 or MH17..teringat AA yang junam dalam laut tue..bila dlm flight rasa menyesal pun ada..tambah2 kalau flight bergegar manjah2 terjah awan..hishhh sherammm..
Quote DeLuna85 26-11-2023 11:22 PM
Dia pun dah buat tek ke
Quote debab_78 26-11-2023 11:47 PM
Ni salah satu kelemahan aku.. Mmg takkan nakk flight sbb takot mcm shiha ni lah… sbb selalu gak tgk video2 teagedi kt utube ????
Quote TomyamPuteh 27-11-2023 12:50 PM
Dia pernah pegi umrah tak? Kalau pernah dia naik tongkang ke time pergi tu?
Quote buragazz 27-11-2023 12:52 PM
Aku faham fobia Shiha ni aku terbalik fobia naik kapal laut sebab dulu pernah nak lemas.. baru ni aku gi batam aku boleh naik kapal laut tapi bila strat perjalanan aku overthink.. nak jadikan cerita masa balik feri tiba2 berhenti tgh2 laut pastu budak2 yg jaga feri tu bukak pintu feri tgk2 luar muka serious aku dah start panik.. mula la fikir jap lagi air masuk la feri karam la.. rupanya berhenti pasal nak bagi laluan kapal kargo..
Quote She-Ra 27-11-2023 12:58 PM
sejak jd mcm2 kes ni, mmg akan ada perasaan seram tiap kali naik kapal terbang
tp tetap la naik jgk.. berdoa agak semuanya baik baik sahaja
naik bot utk pergi island hoping pun sama je.. akan wujud perasaan seram tu tp ku lalui jua
Quote asimilasi 27-11-2023 01:30 PM
mcam tu kena bagi naik kapal laut tak pun ferry.. jenuh sebulan sebelum show kena bertolak dah p...
Quote Pujangga22 27-11-2023 01:37 PM
kalau airbus tak rasa tp klu boeing or fokker ermm mmg tak pnh lena klu dlm flight asyik tgok jam bila nak smpai.padahal nth brp puluh kali dah naik flight, feeling tu ttp sama.
Quote miss_strangers 27-11-2023 06:55 PM
Sebijik muka rossaa

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.203055 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top