CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haqiem Rusli Nafi Isteri Hamil

25-11-2023 05:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4651| Komen: 14

Penyanyi, Haqiem Rusli menafikan isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri hamil seperti yang tular, baru-baru ini.

Khabar angin itu bermula selepas Haqiem memuat naik hantaran berserta keterangan ringkas, 'We love you' di Instagram ketika sambutan ulang tahun kedua perkahwinan mereka.



"Saya buat 'caption' itu sebagai tanda bahawa kami semua sayang dia. Tapi, orang tak faham konteks ayat saya. Saya nak dia rasa disayangi oleh semua.

"Jangan percaya cakap orang. Kalau saya cakap (sahkan), itu baru betul. Saya akan umumkan kalau betul sebab ia benda baik," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai tindakannya selepas dikirimkan dengan pelbagai ucapan tahniah, Haqiem hanya mampu mengucapkan terima kasih dan menjelaskan perkara sebenar.

"Kepada yang mengucapkan tahniah, terima kasih saya ucapkan. Tapi, saya jelaskan kepada mereka mengenai kapsyen itu," katanya.


Ditanya mengenai keadaan isterinya selepas kerap kali di dengan persoalan mengenai keadilan, Haqiem berkata, Sofea dalam keadaan baik.

"Sofea okey saja. Kalau orang bertanya secara berhadapan, janganlah tanya banyak kali kerana itu sangat menjengkelkan. Ini semua berkaitan dengan rezeki Allah dan kita tak boleh tentukan.

"Sepanjang dua tahun pertama ini, boleh saya katakan ia satu proses yang agak mencabar. Tapi, saya dah lalui benda ini dah lama. Saya beritahu Sofea, jangan risau sebab saya akan sayang dan lindungi dia.

"Biarlah orang bercakap apa pun asalkan mereka tak ada maki hamun secara berdepan atau melakukan tindakan berkaitan fizikal. Kalau setakat bercakap di media sosial, saya dah lali," kata Haqiem yang kini bertanding dalam program Famili Duo 3 bergandingan bersama sepupunya, Ariff Bahran.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 25-11-2023 06:16 PM
Apa lah yg diharapkan dari kapsyen dia in BI sbb dia ni rasanya fail BI. Terlalu hauk. Even dulu nyanyi pun kena kutuk org xfaham apa dia sebut.
Quote tuntasha 25-11-2023 10:10 PM
Ni jer lah ‘news’ perihal dia. Cheap news for cheap people.
Quote slyfynx 25-11-2023 11:33 PM
Yawn.
Bosan la ko ni
Quote Sesuatu… 26-11-2023 03:33 PM
Ini semua fitnah!

Teringt seorg selebriti tu punya respon bila ditebak soalan lebih kurg sama oleh wartawan
Quote Joysparta 26-11-2023 05:02 PM
Tak abis2 cite binik acah korea dia ni
Quote DeLuna85 26-11-2023 11:35 PM
Bosan aaahhh bunting tak bunting pun nak di jadikan gosip. Tapi isteri ada rupa. Buntingkan lah dia.
Quote sayurmayur88 27-11-2023 08:19 AM
cerita ni pon boleh jadi gosip uolls. wkwkwkw
Quote gideoncross 27-11-2023 01:54 PM
tuntasha replied at 25-11-2023 10:10 PM
Ni jer lah ‘news’ perihal dia. Cheap news for cheap people.

Retis2 Melesia kna lh kluarkn news cmni, bru lh dpt attention
Quote miss_strangers 27-11-2023 06:55 PM
Enjoy jela dulu korang laki bini..Kang ada anak depress pulak xtido mlm
Quote AWEKSAMURAI 27-11-2023 07:11 PM
Kesian hakim ni bakat ada tp lepas kwen asyik citer pasal bini dia je mengaburi kerjaya seni dia
Quote hokeypokey 27-11-2023 07:23 PM
nampak cam dia syg bini lebih dr bini syg dia.. yela bini cantik kan, mesti la syg.. cam dak yonni tu
Quote tuntasha 28-11-2023 07:54 AM
Penat penat mak ko, mgr ko nak bagi kau ngetop singer.hujung hujunng terkandus demi sorang pompuan acah terpaling lawa
Quote miss_strangers 28-11-2023 07:56 AM
tuntasha replied at 28-11-2023 07:54 AM
Penat penat mak ko, mgr ko nak bagi kau ngetop singer.hujung hujunng terkandus demi sorang pompuan a ...

Ala baru setahun 2 kawen..kentut pon mewangi...tunggu nanti lebih dari 10tahun..
Quote tuntasha 28-11-2023 07:59 AM
miss_strangers replied at 28-11-2023 07:56 AM
Ala baru setahun 2 kawen..kentut pon mewangi...tunggu nanti lebih dari 10tahun..




Tp laki dia mmg nampak fefeeling syok sendiri nk berbinik

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.038387 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top