CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Salleh Kena Saman, Nak Lawan Dan Saman Balik

25-11-2023 12:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7399| Komen: 47

Personaliti media sosial, Intan Salleh memaklumkan dia telah disaman oleh seorang individu berkenaan hantaran yang pernah dibuat di media sosialnya.

Menerusi perkongsian di IG Story, kata Intan, dia membuat keputusan untuk lawan dan menyaman kembali individu berkenaan.



"Bagi yang bertanya kenapa saya macam ni... sebabnya adalah saya disaman berkaitan status yang pernah dibuat dulu.

"Insya-Allah, saya juga akan lawan dan saman balik," tulisnya.

Walaupun tidak mendedahkan nama individu yang menyaman namun Intan memberikan gambaran individu tersebut seolah-olah ada kaitan dengan sejarah hidupnya.

Katanya, individu tersebut selalu bercerita mengenai dirinya kepada orang lain.

"Ibarat kitalah punca segala dan apa hal saya yang tiada kaitan pun sibuk diambil tahu. Habis segala cerita dicerita kepada orang tak sepatutnya. Takpe!

"Maaf buat suami, keluarga dan keluarga mentua kalau ini atau hal yang seterusnya akan memalukan atau sebaliknya.

"Cuma kadang, terasa tak adil bila kita semua tak kena," katanya lagi.

Tambah Intan lagi, dia sudah cuba sedaya upaya untuk meneruskan kehidupannya dengan mengabaikan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan mentalnya namun reda dugaan akan datang selagi masih bernyawa.

Sementara itu, dalam hantaran lain, Intan tidak peduli dengan aib yang dihebahkan dan meminta individu tersebut berdamai dengan diri.

"Apa pun aib yang cuba dihebahkan... Alhamdulillah. Buatlah kalau itu yang kau rasa puas. Bukan cuba tapi memang dah pun.

"Takpe, buatlah untuk kepuasan diri. Cuma minta satu, cubalah berdamai dengan diri sendiri. Lihat diri sendiri," katanya.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 25-11-2023 02:28 PM
Ijereng kata ape ekkk.. aku dah terlps bas depa ni
Quote Oroi8887 25-11-2023 02:59 PM
Patutnya diam je dan saman balik. Takyah buat status. Take action je
Quote zuriey 25-11-2023 05:53 PM
Mona din dah tak jadi penasihat ke
Quote divalaura 25-11-2023 09:05 PM
Edited by divalaura at 25-11-2023 09:11 PM

ytjt
Quote cikkilata 26-11-2023 12:48 AM
Status ape yg dia up sampai kena saman tu? Cer share sape yg tahu details..
Quote lanacondor 26-11-2023 09:38 AM
Bondab ni dah cerai dan dah kawen lain Pon.. betul la agaknya bila kita amek hak org mmg xakan senang hidup. Ko dh dpt kuda Pon still nk bgaduh
Quote chinta89 26-11-2023 10:01 AM
cikkilata replied at 26-11-2023 12:48 AM
Status ape yg dia up sampai kena saman tu? Cer share sape yg tahu details..

tu la nk tau jugak ni
Quote minahmanja 26-11-2023 10:52 PM
chinta89 replied at 26-11-2023 10:01 AM
tu la nk tau jugak ni

Kalau tak silap iols dia macam ade share memories kat ig story, gambar uda & anak2.. tu je pun. Tak tau apa yang jering tak puas ati. Dia kena ketulah agaknya hehehe..
Quote cikkilata 26-11-2023 11:13 PM
minahmanja replied at 26-11-2023 10:52 PM
Kalau tak silap iols dia macam ade share memories kat ig story, gambar uda & anak2.. tu je pun. Ta ...

Pulakkk.. dah memories dia.. sukati la dia nk up ke ape... bitter sgt perampas tu nape...
Quote telracs 27-11-2023 03:21 PM
Bila ada benang ni?

Ok, saya nak side Intan.
Penyondol is no!
Hidup penyondol memang tak akan pernah aman, melainkan, dia minta maaf, sedar kesilapan, dan buat hal sendiri, jangan sibuk hal ex-wife yang telah disondol lakinya.
Quote C-ra 27-11-2023 10:15 PM
Aku mmg side Intan, tp satu je la. Intan patutnya x payah layan apa yg IA ni buat, apa dia ckp ke, apa dia post ke... Senang citer Intan ni block je si IA ni. Kau x payah amik tau dh, anggap je si IA tu x penah wujud dlm hidup kau!! Kau jalani je kehidupan baru kau dgn husband baru kau tu aman2... Bila smua benda ko nak ambil bawa masuk dlm perut... Mmg la kau serabut. Ye semua org tau kau di sondol, tp kau dh bahagia dh pn dgn husband baru kau...move on and focus je dgn kehidupan baru kau... Jgn jadi lembik sgt, pastu kau kata org selalu buli kau... Cuba kau bertegas dan x payah layan...kan bahagia hidup kau....
Quote zeitabaei 27-11-2023 10:39 PM
I X side penyondol  tapi I suspicious jugak dgn org YG lemah gemalai ni banyak Yg fake jua  
Quote nurul_imanns 29-11-2023 11:57 AM
zeitabaei replied at 27-11-2023 10:39 PM
I X side penyondol  tapi I suspicious jugak dgn org YG lemah gemalai ni banyak Yg fake jua

Yup...selalu yg lemah gemalai ni nampak baik, tp hakikatnya...kadang2 rasa bonda ni mcm attention seekers pun iye jugak.Kes saman ni bukan dia baru tau, dah lama nmpk dia ada jumpa lawyer.Bila buat vid menangis tu mcm meminta2 org mengecam pihak penyondol pulak..
Quote Gianna111 30-11-2023 07:41 AM
kadang2 ada sesetngah benda ni kita tak perlu ambik pusing dan just let it slide.
Quote Gianna111 30-11-2023 07:41 AM
kadang2 ada sesetngah benda ni kita tak perlu ambik pusing dan just let it slide.
Quote cempakaa 30-11-2023 11:21 PM
Moga dipermudahkan
Quote telracs 9-12-2023 08:43 PM
Dah settle ke belum kes intan & jering ni?
Quote MeowPARSI 11-12-2023 09:41 PM
telracs replied at 9-12-2023 08:43 PM
Dah settle ke belum kes intan & jering ni?

Mcm belum lg
Quote abangadek 12-12-2023 11:54 AM
Kintan kintun takde lain play victim semedang ayt dia ye aku tak baik, aku bt salah, aku tak penah cakap aku baik.. habis ngko nk buktikan apa wahai kintan kintun? Dh tau yizren tu saiko apehal la manjang up2 status memerli belah sana.. ngko tak boleh ke hidup diam2 dgn laki baru.. mmg ngko tak sebut nama2 belah sana tp up status mengundang gitu org bkn bodoh la tak paham

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.113005 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top