Pelakon dan model terkenal era 90-an, Azah Aziz mengakui gemuruh menjejakan kaki semula untuk mewarnai industri seni tanah air selepas dua dekad berada di luar negara. Pemilik nama sebenar, Norazah Aziz, 50, bersyukur perancangan untuk membuat kemunculan semula turut mendapat keizinan suaminya, Daud Leroy Abdullah.
"Sebenarnya, kemunculan semula ini bukan kerana saya ingin aktif berlakon tetapi sekadar mengisi masa lapang sementara saya ada di Malaysia untuk tempoh lima tahun. Ibarat melepaskan rindu terhadap dunia lakonan. "Memang saya gemuruh dan kurang yakin sebab sekarang tak macam dulu. Keadaan sudah berubah. Berlainan ketika saya aktif dahulu. "Saya bersyukur kerana suami tak pernah halang malah dia menyokong dan memberikan galakkan. Dia percaya saya masih boleh berlakon dan perlu menggunakan bakat jika berpeluang," katanya. Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut mendedahkan keterujaannya dapat berganding dengan pelakon hebat dalam beberapa siri drama arahan Michael Ang dan Haji Fadzil.
"Drama Haji Zeel bukan berkisarkan cerita Mak Datin atau cinta sebaliknya sarat dengan konflik, skandal dan pembunuhan. "Saya seronok bekerja dengan pelakon Rita Rudaini dan Jasmin Suraya dalam drama ini. Kami sekepala," katanya. Sumber: Xtra |
bynroslan replied at 28-11-2023 10:47 AM
Teringat drama Cinta Korperat dia dengan Rusdi Ramli huhu paling suka ost dia Kembalilah - Amy Mast ...
fadz84 replied at 28-11-2023 03:01 AM
Legend drama tu.. shooting kat London kan.. Lagu Amy tu pun best..
petai011212 replied at 27-11-2023 07:13 AM
dia nak berlakon jadi heroin ka? ka jadi mak orang?
rain2169 replied at 27-11-2023 08:23 AM
tak kisah punnnn....
bukan best mana pun dia berlakon..
level biasa-biasa....
bynroslan replied at 28-11-2023 11:53 AM
Haah betul, Azhar Sulaiman pun ada berlakon. Drama ni, Cinta Antara Benua, Cinderella, Romeo & Jul ...
msxx replied at 28-11-2023 05:24 AM
Zaman iols kanak2 ribena. Masa tu takde hiburan sgt. Memang layan je series dari kuasatek ni. Mina ...
ADVERTISEMENT