Pelakon, Ben Amir menempelak individu yang melabelnya sebagai sombong hanya kerana menolak untuk mengambil gambar bersama. Jelas pemilik nama penuh Muhammad Amir Sabaruddin itu, tiada sebab untuk dirinya bertindak sedemikian kecuali berada dalam situasi kecemasan atau bergegas ke tempat penggambaran.
“Setahu saya, tidak pernah pula saya lakukan begitu (tolak ajakan bergambar). Setiap orang mempunyai pandangan mereka masing-masing, tapi siapa yang kenal akan tahu saya bagaimana. “Kalau ada sesiapa di sini yang ingin ambil gambar dengan saya, okey sahaja. Tapi kalau saya berada dalam situasi kecemasan, atau saya sedang hendak cepat, itu lain cerita. “Itu pun saya akan tolak dengan cara baik. Jadi tiada istilah sombong atau enggan bergambar,” katanya kepada Kosmo! Online. Ditanya pula mengenai kelantangannya meluah pendapat dalam platform X, pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu mengakui lebih selesa melontarkan buah fikirannya di situ berbanding medium lain.
“Saya rasa semua orang mempunyai sisi kehidupan yang berbeza. Kalau dalam Instagram, saya lebih banyak muat naik kandungan mengenai kerja. “Tapi dalam X, itu tempat saya meluahkan perasaan. Luahan itu saya tidak tujukan kepada sesiapa memandangkan saya suka cakap benda yang random. “Kadang benda itu berlaku tahun lepas, barulah saya terfikir nak ciap. Cuma siapa makan cili dia terasa pedasnya,” jelasnya ketika ditemui di majlis pelantikan sebagai duta baju Melayu, Eastana Exclusive, baru-baru ini. Sebelum ini, terdapat segelintir individu yang mendakwa Ben, 33, semakin sombong dan mengelak sekiranya diajak berbual dan bergambar di beberapa acara. Malah ada juga yang berpendapat, kelantangannya dalam media sosial yang dilihat ramah tidak sama dengan pembawakan dirinya di luar. Sumber: Kosmo! Online |
prince_marhaen replied at 24-11-2023 10:19 AM
heols memang jenis tak mesra, tak humble pun daripada dulu kan....bukannya baru pun.. jenis ikut kep ...
prince_marhaen replied at 24-11-2023 06:19 PM
heols memang jenis tak mesra, tak humble pun daripada dulu kan....bukannya baru pun.. jenis ikut kep ...
DianaSaksen replied at 24-11-2023 07:04 PM
Dia ni bawa watak hero
Tak gentlemen langsung
Nampak kasar Dan tak romantik
Kurex replied at 24-11-2023 09:33 PM
Sombong ke dia ni? Hati2 ye ben amir, kurex mampu buatkan kesombongan ben amir tertunduk kalah dgn ...
prince_marhaen replied at 24-11-2023 06:19 PM
heols memang jenis tak mesra, tak humble pun daripada dulu kan....bukannya baru pun.. jenis ikut kep ...
winky1 replied at 24-11-2023 11:17 PM
btw. .ini ke yg buat DT nangis berkoyan-koyan?
Adoi ...
bukan_ustazah replied at 25-11-2023 12:20 AM
Betul ke dia dengan DT? DT sebenar dengan sapa? Kejap dgn keli kejap dengan ben kejap bapa gula ke ...
bukan_ustazah replied at 25-11-2023 12:20 AM
Betul ke dia dengan DT? DT sebenar dengan sapa? Kejap dgn keli kejap dengan ben kejap bapa gula ke ...
winky1 replied at 25-11-2023 12:33 AM
Ni cerita lama. Masa tu DT belum lagi disambar brands. Mcm frust lah sekejap
bukan_ustazah replied at 25-11-2023 12:39 AM
Tahun bila ni? Zaman she belom buat idung ke? Keli tu aedy forumer panggil keli iols follow jelah. ...
ADVERTISEMENT