CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hotel Paling 'Kurus', Hanya Selebar 2.7 Meter

23-11-2023 08:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1369| Komen: 4

Jakarta: Seorang arkitek di Indonesia berjaya memanfaatkan sebidang tanah bersaiz kecil serta tidak mendapat permintaan pasaran untuk membangunkan hotel dipercayai paling nipis di dunia, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Tanah itu terletak di antara lorong dan beberapa rumah yang pada asalnya digunakan oleh penduduk tempatan sebagai tempat pembuangan sampah.


Arkitek berkenaan, Ary Indra kemudian menjalankan projek PituRooms dengan membina sebuah hotel lima tingkat selebar 2.7 meter yang hanya mempunyai tujuh bilik di atas tanah tersebut.

Walaupun kekurangan ruang, Ary berjaya memuatkan setiap bilik dengan katil dua tingkat serta bilik mandi lengkap dengan pancuran dan tandas.

“Setakat ini, reaksi yang kami terima daripada tetamu adalah mereka kagum selepas menyedari ruang kecil sebenarnya sudah cukup untuk manusia hidup dan bergerak dengan selesa,” katanya.


Sejak PituRooms dibuka pada Disember 2022, 95 peratus tetamu ialah warga Indonesia. Pekan kecil itu terletak 482 kilometer dari Jakarta dan masih tidak terkenal dalam kalangan pelancong. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 23-11-2023 08:59 PM
Jakarta ..... Pekan Kecil
Quote batmana 23-11-2023 09:03 PM
lawa gile dlmnya, cm hotel 5 bintang
Quote Perawankota 23-11-2023 09:07 PM
batmana: lawa gile dlmnya, cm hotel 5 b ...


Mana nak tgk interior dia

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.039590 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top