Seorang individu mendedahkan ibu bapanya meminta lebih daripada 50 peratus gaji yang diterima, dan dalam masa yang sama memaksa dia dan adik beradik menambah komitmen bulanan seperti penapis air dan telefon pintar.
“Kitorang adik beradik masing-masing dah tak tahan dengan parents kami. Kami ada yang kerja, ada yang masih sekolah, gaji RM2,500 diorang kawal dan ambil RM2,000. “Adik I masing-masing kena paksa bagi RM1,000 seorang, gaji mereka RM1,800 je. Duit tu habis tak sampai berapa hari pun. Bukan tu je paksa ambil coway, fon loan sana sini,"luahnya di laman X. Individu itu juga memberitahu ibu bapanya pernah meminta dia untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000. “Haritu kena paksa private loan RM50,000 tapi I doa banyak-banyak semoga tak lulus. Alhamdulillah,” kata individu tersebut. Keluhan itu turut mendapat perhatian ramai di mana rata-rata netizen menyuruh individu itu dan adik beradiknya keluar dari rumah. “Keluar jelah rumah tu, dah tanggungjawab parents kot besarkan anak,” kata seorang warganet. “Ramai-ramai keluar rumah lah. Makin teruk pula perangai sesetengah mak bapak ni,” ujar seorang lagi netizen. -CARI Sumber: Gempak
|
ayahibu85 replied at 22-11-2023 09:27 AM
sian..makpak tu mungkin terhimpit jugak dengan tekanan ekonomi
benda macam ni kena win win jugakla k ...
copy_paste replied at 22-11-2023 09:19 AM
sbb tu kalau nak buat anak pk dulu,sanggup ke tak besarkan anak tu,
kalau berkira xpayah la ada anak ...
wadiunong replied at 22-11-2023 09:33 AM
agaknya mak pak mmg plan mcm tu buat anak for future investment bukan sbb amanah/ tanggungjwab. mc ...
ayahibu85 replied at 22-11-2023 01:27 AM
sian..makpak tu mungkin terhimpit jugak dengan tekanan ekonomi
benda macam ni kena win win jugakla k ...
green~tea replied at 22-11-2023 01:29 AM
Gaji 2800, kasi parents 10% dalam 250-300 munasabah le
Kalo 30k baru 3k kasik.. padan le reasonab ...
Thunderclouds replied at 22-11-2023 01:47 AM
Déjà vu
Tered recycle ka nehh
talapia replied at 22-11-2023 01:33 AM
eh kau tak mampu nak beli sendiri.. kau suruh anak belikan? tak guna tol la..
kadang2 sebagai parent ...