CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahu Salah Di Sisi Agama, Hafiz Suip Tetap Warnakan Rambut Hijau Sebab Terdesak Nak Dapat Perhatian Ramai

21-11-2023 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5300| Komen: 33

Tampil berambut hijau bagi tujuan melancarkan single terbaharu berjudul Terus Bersinar, Hafiz Suip mengakui teknik pemasaran secara sensasi itu menjadi untuk menaikkan namanya.

Tindakannya itu adalah bagi menarik perhatian orang ramai kerana lumrah zaman kini adalah meraih populariti berlandaskan kepada isu sensasi.


Foto: IG

"Memang saya tak nafikan saya buat (rambut hijau) untuk mendapat tarikan atau perhatian daripada semua orang. Bukan nak kata apa, ia sudah jadi lumrah sekarang. Semuanya disebabkan sosial media.

"Saya mengaku dulu saya tidak berapa sangat dengan sosial media, hanya ada Fcebook dan Instagram. Tetapi sekarang saya kena ada TikTok juga. Sebab benda itu penting untuk kita market diri kita. Publisiti itu satu benda yang power," katanya kepada mStar.



Meskipun mengakui perkara yang dilakukan itu salah di sisi agama, Hafiz menjelaskan tindakan mewarnakan rambut itu hanya atas dasar sebagai seorang penyanyi dan penghibur.

Hafiz juga sedar sekiranya dia melakukan pemasaran dengan cara tradisional, single terbaharunya itu tidak akan dikenali ramai dan dirinya semakin pudar di dalam industri muzik negara.

"Saya sedar atas perbuatan saya, saya sedar ia salah tapi sekarang ini bercakap dalam dunia hiburan. Saya dilahirkan sebagai seorang penghibur, jadi ini cara saya peroleh publisiti untuk nak kekal relevan.

"Kalau ikut style lama, saya tidak dapat perhatian semua orang. Dan dengan cara ini memang terbukti menjadi,” ujarnya.



Hafiz bagaimanapun berkata dia juga akan memastikan setiap publisiti yang dilakukannya itu mengetahui batasan yang ditetapkan.

"Dunia hiburan memang perlukan ini (isu sensasi). Tapi kita kena tahu batas dan hadnya. Kena tahu apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh buat," ujarnya.

Bercerita mengenai single Terus Bersinar terbitan syarikat rakaman Nova Music, Hafiz berkata lagu bergenre balada itu menceritakan mengenai anak-anak yang telah dijaga dan dibesarkan oleh ibu bapa.



Lagu tersebut aalah ciptaan komposer Mas Dewangga dan Jova Devito manakala lirik oleh Datuk Arisz Ab Rahman, Mas Dewangga dan Jova Devito.

"Lagu ini masih lagi bergenrekan balada. Cuma ada sedikit sentuhan alat muzik tradisional Sarawak iaitu Sape, itu pun pada penghujung lagu.


"Masa pemilihan lagu ini, saya dengar lagu ini memang terus tertarik dengan melodi dan lirik. Itu yang membuatkan saya terus bersetuju untuk rakamkan sebagai single terbaru saya," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 21-11-2023 10:17 AM
dia ni sebab menyepi lama sangat pastu lagu yang dak qiqi dapat patutnya lagu dia tapi dia taknak pun jadi masalah gak terus menDONUT
Quote miss_strangers 21-11-2023 10:22 AM
Ok je ..asalkan hafiz mendonia pasni...ikut jejak langkah ena bedul.... berpenampilan pelik utk dikenali ramai n kekal trending
Quote HoneyManjer 21-11-2023 10:25 AM
asal ko bahagia nok
Quote swateng1 21-11-2023 10:50 AM
pahal nampak busuk sangat hapis ni
Quote Themilo 21-11-2023 11:08 AM
kau tak perlu cheap gimmick macam ni dek.. nak ikutkan pencapaian kau, memang takde sapa boleh lawan.. ada single dengan lizah, rossa, misha.. semua diva-diva..
Quote LadyCarefree 21-11-2023 11:14 AM
mamajawie replied at 21-11-2023 09:17 AM
dia ni sebab menyepi lama sangat pastu lagu yang dak qiqi dapat patutnya lagu dia tapi dia taknak pu ...

oooo isu apa ni?
Quote prince_marhaen 21-11-2023 11:44 AM
orang patutnya dah keluar ikut tabligh makin nampak wangi, dia makin kepam, kurus, busuk, 24jam tangan terselit rokok...ngan rambut hijau, imej & skincare tak jaga.... harapkan bakat je memang tak ke mana juga walaupun kau buat publisiti murahan walaupun sampai bogel ke video cikcap leak ke... memang tak ke mana la... jenis tak bersyukur dah ada platform & fame yang sepatutnya..dah dapat peluang sebesar-besar peluang duet ngan artis top, dapat lagu-lagu top...riak pulak kata tak perlu fame, nak berjihad, nak tinggalkan dunia hiburan.... belum setahun dua,  ini jihad ke mana, fame ke mana...hujung2 busukkkk....
Quote doubleA 21-11-2023 11:55 AM
Ko apply gv ke realiti2 tv tu boleh la femes balik, register diri masuk show mana2 takyah kontroversi, suara ko sedap. Tapi tu la bukan semua org rezeki popular, ada yg suara tak sedap pun lagi femes, suara sedap berbakat under dog pula. Rezeki
Quote fido_dido 21-11-2023 01:26 PM
sayangnya dh berimej kepam..suara kau sedap dik
Quote I.K.A888990 21-11-2023 01:29 PM
knp terdesak bang?????
Quote kitaserupaaa 21-11-2023 01:35 PM
Themilo replied at 21-11-2023 11:08 AM
kau tak perlu cheap gimmick macam ni dek.. nak ikutkan pencapaian kau, memang takde sapa boleh lawan ...

Ade single dgn tokti juga lagu muara hati. Pernah join konsert siti & friends dulu2
Quote sukanyanyi 21-11-2023 01:38 PM
LadyCarefree replied at 21-11-2023 11:14 AM
oooo isu apa ni?

Kalo tak silap, sbb heols rasa lagu mcmtu dh tak sesuai dgn dia. Masa tu heols baru kawin kot, lagu tu plak stok2 bbnu putus chenta. Penah tgk time sfmm kot komposer tu hint patutnya lagu org len tp org len tu tak nak, n cluenye sgt mengena pd apis ni. N komposer tu iols tgk cerita dgn agak bitter. Tp hikmahnye trus dak qiqi naik dgn lagu tu kn. One man's trash is another man's treasure gitu.
Quote mamajawie 21-11-2023 02:54 PM

dia frust lagu apa tah yang dak qiqi nyanyi tu mendonia sebab sebenarnya lagu dia patut nyanyi..pastu terus merajuk kalu x silap

Quote Themilo 21-11-2023 03:03 PM
kitaserupaaa replied at 21-11-2023 05:35 AM
Ade single dgn tokti juga lagu muara hati. Pernah join konsert siti & friends dulu2

Kan weols ada mention tu, single dengan Lizah. Uols tak taukah Lizah tu sapa? Uols expect Liza Aziz?
Quote Burong_Hantuk 21-11-2023 04:12 PM
dah mcm berus sental jamban
Quote kelapaparut 21-11-2023 04:22 PM
kan ade inai merah yg oren2 sah buat semayang tu, geng2 tabligh pakai selalu kat janggut tu. pakai inai merah sensasi la jugak
Quote debab_78 21-11-2023 04:46 PM
for me hafiz tak perlukan pon benda2 mcm ni.. suara dia dah mmg sedap n ada peminat.. lagu dia best2 kot
Quote BellaThePrinces 21-11-2023 04:59 PM
dak hafiz dan dak aizat..dua2 sgt berbakat..dah ada class tsendiri..tp awat makin kepam....cuba tiru abam nuar zain...mewangi aje..tok awie pn x sekepam inih...
Quote Kurex 21-11-2023 05:04 PM
Iols lebih suka masa sheols tembam.. nampak comel

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.042158 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top