Penyanyi rap, Caprice, berpendapat ada cara lain untuk menyatakan rasa hormat berhubung isu solidariti rakyat Palestin berbanding meminta kerajaan membatalkan penganjuran konsert artis berkumpulan antarabangsa, Coldplay.
Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, gesaan segelintir pihak untuk membatalkan konsert artis antarabangsa dilihat tidak rasional apatah lagi Malaysia juga meriah dengan penganjuran pelbagai acara hiburan dan konsert artis tempatan. “Baru-baru ini kecoh apabila ramai mula bersuara untuk batalkan konsert Coldplay sebagai tanda menghormati apa yang berlaku di Palestin. “Apa beza Coldplay dengan konsert Aina Abdul contohnya? Kenapa Aina Abdul tak ada siapa yang desak untuk batalkan dan apa beza juga dengan persembahan Aliff Aziz dalam program Gegar Vaganza (GV)? Bagi saya dua-dua adalah hiburan!”katanya.
Caprice berkata demikian dalam satu hantaran di Instagram hari ini.
Selain itu, Caprice berpandangan, rakyat Malaysia harus lebih matang apabila hendak bercakap isu Palestin walaupun atas dasar mahu bersolidariti.
“Palestin sudah melalui peperangan lebih daripada 75 tahun, sebelum kita lahir lagi. Kalau kita nak tunjuk hormat, bersolidariti, saya rasa ada banyak lagi cara lain boleh dilakukan daripada nak suruh kita jangan berhibur atau jangan tengok hiburan.
“Contohnya banyakkan berdoa, bersedekah, kongsikan informasi atau maklumat mengenai Palestin, boikot produk yang membantu mereka dan macam-macam lagi.
“Tapi kalau orang nak kita tak ada hiburan sebagai tanda hormat, baik tutup juga Astro, Tik Tok, pawagam, radio, Facebook dan Sporify misalnya sebab dalam platform ini ada juga hiburan,”katanya.
Dalam pada itu, kata Caprice, dia yakin hiburan ini bukan satu kesalahan dan bersolidariti kerana masing-masing boleh meneruskan berdoa dan berkongsi bahan kandungan mengenai Palestin di media sosial. Sumber: Utusan |
Burong_Hantuk replied at 21-11-2023 08:03 AM
dasar sakit mental!!!!!
ADVERTISEMENT