CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2580|Reply: 5

Ada Banyak Cara Lain Tunjuk Hormat Isu Palestin, Bukan Batal Konsert - Caprice

[Copy link]
Post time 20-11-2023 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi rap, Caprice, berpendapat ada cara lain untuk menyatakan rasa hormat berhubung isu solidariti rakyat Palestin berbanding meminta kerajaan membatalkan penganjuran konsert artis berkumpulan antarabangsa, Coldplay.






Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, gesaan segelintir pihak untuk membatalkan konsert artis antarabangsa dilihat tidak rasional apatah lagi Malaysia juga meriah dengan penganjuran pelbagai acara hiburan dan konsert artis tempatan.



“Baru-baru ini kecoh apabila ramai mula bersuara untuk batalkan konsert Coldplay sebagai tanda menghormati apa yang berlaku di Palestin.



“Apa beza Coldplay dengan konsert Aina Abdul contohnya? Kenapa Aina Abdul tak ada siapa yang desak untuk batalkan dan apa beza juga dengan persembahan Aliff Aziz dalam program Gegar Vaganza (GV)? Bagi saya dua-dua adalah hiburan!”katanya.





Caprice berkata demikian dalam satu hantaran di Instagram hari ini.





Selain itu, Caprice berpandangan, rakyat Malaysia harus lebih matang apabila hendak bercakap isu Palestin walaupun atas dasar mahu bersolidariti.





“Palestin sudah melalui peperangan lebih daripada 75 tahun, sebelum kita lahir lagi. Kalau kita nak tunjuk hormat, bersolidariti, saya rasa ada banyak lagi cara lain boleh dilakukan daripada nak suruh kita jangan berhibur atau jangan tengok hiburan.





“Contohnya banyakkan berdoa, bersedekah, kongsikan informasi atau maklumat mengenai Palestin, boikot produk yang membantu mereka dan macam-macam lagi.





“Tapi kalau orang nak kita tak ada hiburan sebagai tanda hormat, baik tutup juga Astro,  Tik Tok, pawagam, radio, Facebook dan Sporify misalnya sebab dalam platform ini ada juga hiburan,”katanya.





Dalam pada itu,  kata Caprice, dia yakin hiburan ini bukan satu kesalahan dan bersolidariti kerana masing-masing boleh meneruskan berdoa dan berkongsi bahan kandungan mengenai Palestin di media sosial.






Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2023 08:03 AM | Show all posts
dasar sakit mental!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 21-11-2023 08:03 AM
dasar sakit mental!!!!!

Aku tak pasti dia mental atau ko yg mental.

Sbb aku rasa aku setuju je apa dia cakap dalam isu ni.

Kenapa sibuk nak batalkan konsert coldplay sedangkan konsert support eljibiti yg mengumpulkan 10k nonok nonok semalaya dgn pakaian beragam nonok dibenarkan pulak (read : enah bendul) ? GV pon elok je smua org berhibur. Pastu konsert retis indon pon belambak je kat sini.

Sebab palestin berperang, so kita pon kena berentikan kehidupan kita? So tak rasional. Betol dia cakap..baik tutup terus astro, fb, tik tok semua kalau betol sibuk tak nak berhibur.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Esok kan konsertnya?

Walaupun iols tak suka tgk konsert tp iols tak kisah pun sapa2 nak tgk.

Tp betul la kena adil semua konsert tak kira penyanyi malaysia or luar tetap sama je konsert juga.
Kalau nk cancel biar semua baru adil.
GV tu lagi la lama sampai 12 minggu kan, sejak awal palestine kena bom sampai la ni takda pun dorang nk stop.

Ada yg bandingkan katanya GV tu mata
pencarian adoi laaa apa beza ngn konsert CP depa pun mencari rezeki gak dgn buat konsert tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
gile org mesia melayu muslim terpaling ni, nk jadik extremist agama sgt, x abis suruh batal konsert sane sini, yg retis local, indon ko x bising pulak? sbb sesame melayu Islam ke? alangkan dubai, ereb saudi sane pon bersepah konsert, kapir pon nak berhibur jugak..lahhh
bila nak memboikot terpaling muslim, bila org persoal kenapa sokong palestin tau pulak ckp ini bukan isu agama tp kemanusiaan..dasar penunggang terpaling mulia sgguh
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis kertu kat gegarvaganza taknak tegur ke?
Khairul Aming kan pergi konsert Coldplay...so relax lah....sure hujan punye lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053212 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list