KUALA NERANG – “Kak long baliklah, setiap hari selama lapan tahun mak sebut nama kaklong, tunggu kak long di pintu rumah, pulanglah sementara mak dan ayah masih ada," rayu Che Safuan Abd. Rahman, 61, kepada anak sulungnya, Siti Mariah Hamzah, 39, yang hilang tanpa khabar berita sejak lapan tahun lalu.
Menurut Che Safuan, Siti Mariah yang merupakan graduan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Sarawak dalam bidang kaunseling menghilangkan diri selepas bekerja di sebuah bank secara kontrak di ibu negara. “Sehingga kini saya dan suami, Hamzah Said, 65, menantikan kepulangan kak long walaupun tiada langsung khabar berita daripadanya. Suami dan anak kedua pernah mencarinya di Kuala Kumpur tetapi gagal menemuinya. “Sampai sekarang kami tidak tahu apa masalah dan salah kami sehingga kak long menghilangkan diri. Saya sudah sampai tahap tertekan memikirkan punca kak long tidak balik kampung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sireh, Naka dekat sini hari ini.
Katanya, tiada perselisihan faham yang berlaku antara keluarga dan Siti Mariah sebelum kejadian. “Kali terakhir kak long hubungi saya pada hujung tahun 2015 memaklumkan dia beli baju di Nilai, Negeri Sembilan kerana mahu menghadiri majlis kenduri rakannya. “Selepas itu, tidak ada lagi berita tentang kak long. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya saya kepada kak long yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga,” ujarnya. Menurutnya, dia juga hanya mampu mencium pakaian kak long yang masih disimpan apabila merindui anak kesayangannya itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Siti Mariah diminta menghubungi adik Siti Mariah, Mohd. Nizam, 011-24191346. –CARI Sumber: Kosmo
|
shernazz: Ke orang tua ada cakap APA apa yang mengguris hati pastu terus hilangkan diri..Mana tau kan..Kalau takde perselisihan faham..harap kak long balik lah. ...
margo20 replied at 20-11-2023 05:55 PM
Anak sulung mmg gini kot cepat nau terguris hati mcm kakak aku la bpe lama tak balik umah bole duduk ...
makita: Baru 8 tahun..in sha Allah nan ...
ADVERTISEMENT