CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6603|Reply: 69

"Kak Long Baliklah, Dah Lapan Tahun Mak Tunggu Kak Long Depan Pintu Rumah"

[Copy link]
Post time 20-11-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode
KUALA NERANG – “Kak long baliklah, setiap hari selama lapan tahun mak sebut nama kaklong, tunggu kak long di pintu rumah, pulanglah sementara mak dan ayah masih ada," rayu Che Safuan Abd. Rahman, 61, kepada anak sulungnya, Siti Mariah Hamzah, 39, yang hilang tanpa khabar berita sejak lapan tahun lalu.


Menurut Che Safuan, Siti Mariah yang merupakan graduan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Sarawak dalam bidang kaunseling menghilangkan diri selepas bekerja di sebuah bank secara kontrak di ibu negara.




Foto: Kosmo




“Sehingga kini saya dan suami, Hamzah Said, 65, menantikan kepulangan kak long walaupun tiada langsung khabar berita daripadanya. Suami dan anak kedua pernah mencarinya di Kuala Kumpur tetapi gagal menemuinya.


“Sampai sekarang kami tidak tahu apa masalah dan salah kami sehingga kak long menghilangkan diri. Saya sudah sampai tahap tertekan memikirkan punca kak long tidak balik kampung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sireh, Naka dekat sini hari ini.


Katanya, tiada perselisihan faham yang berlaku antara keluarga dan Siti Mariah sebelum kejadian.



Foto: Kosmo




“Kali terakhir kak long hubungi saya pada hujung tahun 2015 memaklumkan dia beli baju di Nilai, Negeri Sembilan kerana mahu menghadiri majlis kenduri rakannya.


“Selepas itu, tidak ada lagi berita tentang kak long. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya saya kepada kak long yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga,” ujarnya.


Menurutnya, dia juga hanya mampu mencium pakaian kak long yang masih disimpan apabila merindui anak kesayangannya itu.


Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Siti Mariah diminta menghubungi adik Siti Mariah, Mohd. Nizam, 011-24191346. –CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 04:47 PM | Show all posts
takut kak long ikut bangla, nepal, jawa, rohingya, batak etc
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 04:52 PM | Show all posts
dah pi myanmar keja kontrak scam orang kut pakcitttt
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:15 PM | Show all posts
semua claim tak de selisih faham
hati anak ntah2 terasa makan dalam lama dah
huhuhu

balik la kak long wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke orang tua ada cakap APA apa yang mengguris hati pastu terus hilangkan diri..
Mana tau kan..
Kalau takde perselisihan faham..harap kak long balik lah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:35 PM | Show all posts
shernazz: Ke orang tua ada cakap APA apa yang mengguris hati pastu terus hilangkan diri..Mana tau kan..Kalau takde perselisihan faham..harap kak long balik lah. ...

biasanya orang tua ni selalu cakap " Perempuan belajar tinggi tinggi akhirnya ke dapur jua"
anak dia ingin membuktikan itu salah. lalu hilangkan diri secara magik selama 8 tahun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 8 tahun..in sha Allah nanti balik lah kak long tu. Mcm pcik meols 30 tahun menghilang baru terbukak hati nak balik jumpa family
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sulung mmg gini kot cepat nau terguris hati mcm kakak aku la bpe lama tak balik umah bole duduk dgn kawan tak jauh pun rumah kawan tu tp susah jgk nak balik jenguk mak ayah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok adik ni pakai jubah, Akak baru balik konvokesyen anak...dari pagi sampai petang pukul 5.00 pm baru habis..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih hidupkah?..sampai 8 tahun merajuk dgn mak ayah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sulong memang ramai sakit mental
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lg tringt magic zalina azman pmbca berita nightline tv3 smpai hrini xjumpa. Hilang tanpa khbar, mayat sklipun x ada. Klu dia rela diri masuk rumah ongtua2 aku xtau lah pulak. Sedih kan benda2 mcmni jd. Klu mati ada kubor ok
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai, kesian mak ayah dia. Apa agaknya jadi kat anak pompuan dorang
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
margo20 replied at 20-11-2023 05:55 PM
Anak sulung mmg gini kot cepat nau terguris hati mcm kakak aku la bpe lama tak balik umah bole duduk ...

Kak long kak long jgn main silap ckp

Dia mendam lama
Dari kecik asik beralah
Semua kena dia beransur
Mak bapak kadg mmg ckp kata kata yg memilukan x mikir lgsg perasan anak …


Tapi bg aku laaa ,  anak sulung mmg kena jadi jenis yg ko kata la apa pon  …. x amik port dah … responsibility come first
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
makita: Baru 8 tahun..in sha Allah nan ...
dah 30 tahun tu org2 tua ada lagi ke lama sgt tu tah2 rmi dah arwah dah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya mak ayah. Kak long tu pun taktau la statusnya. Hidup ke mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa sebenarnya terjadi?
Dia masih hidup kah atau dah keluar drpd malaysia?

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik mintak tolong kwsp trace di mana anak ni ada. Or mintak tolong polis. Ic no ada blh cari senang aja kalau masih hidup
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
fmly ni tak report polis plak ye? lapan tahun tu kuat betul husnudzon depa anaknya masih hidup. kalau iols cari tmpt kerja takde, kwn2 pun tatau cukup 3hari je report polis.
kan mudah nak dpt info kalau jd kes polis? tggu smpai 8thn konon rindu p cari kat kolumpo igt serupa yan & sik ke blh tnya org kiri kanan kenal dak anak makcik???
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
entah-entah kak long bawak diri sebab dah penat jadi banker kena sara keluarga..
adik beradik pulak entah biawak..
nak nak kak long sorang anak pompuan..
lagi la memendam rasa bila anak jantan kena layan serupa sultan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.066381 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list