Nabil Ahmad mendedahkan wajahnya telah disalah guna bagi memperdaya orang ramai membuat pelaburan. Nabil sudah membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petling Jaya berhubung perkara itu kerana ia menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai seorang selebriti.
"Penggunaan imej dan wajah saya untuk sebuah artikel yang mengajak orang melakukan pelaburan. Ini adalah scam yang sedang berlaku sekarang ini. "Saya sudah pun membuat laporan polis kerana ia memberi kesan kepada nama dan kerjaya saya," katanya di IG Story. Nabil berkata, ini bukan kali pertama dia kejadian seumpama itu berlaku sebaliknya wajahnya kerap disunting oleh pihak sama.
Kata Nabil dia bertindak mengambil tindakan kerana tidak mahu ada yang tertipu dengan muslihat scammer berkenaan. Tambahnya, dia juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membersihkan namanya.
"Buat anda yang nampak benda ini walaupun ramai tahu ini scam tetapi ada juga rakan-rakan bertanya kepada saya. "Laporan sudah dibuat untuk bersihkan nama saya dan selepas ini saya akan ke SKMM pula untuk tindakan lanjut. Harap maklum ini adalah scam," jelasnya.
Menerusi ruang komen video berkenaan, ada warganet memaklumkan mereka juga pernah melihat penipuan sama melibatkan beberapa selebriti terkenal tanah air yang lain. Mereka juga akan membantu melaporkan akaun tersebut sekiranya iklan mengenainya melintas di media sosial mereka. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|