Datuk Ramli MS. menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-65 tahun 17 November lepas. Di TikTok, isterinya, Datin Alyah dilihat memuat naik video sempena ulang tahun suami tercintanya itu.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat Alyah merakam dirinya sambil membawa sebiji kek berwarna putih secara senyap untuk diberikan kepada Ramli yang sedang duduk di ruang tamu. Apa yang menghiburkan ialah Tok Ram dilihat memberikan reaksi yang bersahaja meskipun terharu dengan kejutan yang dibuat isterinya itu. Menurut Tok Ram, Alyah tidak perlu merakam dan ‘menayang’ momen bahagia tersebut kepada khalayak ramai.
"Perlu ke ambil gambar? Lepastu tunjuk pada orang" "Semoga murah rezeki dan kurang-kurangkan lah berbelanja." Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Tok Ram yang ternyata bersahaja ketika menerima kejutan dari isterinya itu. Menurut segelintir netizen, sikap yang ditunjukkan Tok Ram itu persis dengan suami mereka yang kurang gemar diri mereka dirakam. Mereka juga menitipkan doa agar panjang umur dan ucapan selamat hari jadi buat Tok Ram. -CARI S
|
myakayina replied at 20-11-2023 01:25 PM
hargailah sikit effort bini ko tu tok ram oi..
LembingDayanti replied at 20-11-2023 01:25 PM
alyah ni mmg takde muka artis ye.. muka dia muka wartawan. hahahahhahahaa
sleepandream replied at 20-11-2023 01:21 PM
nikah pun dulu kat batam khenn
apa yg nak disorok ntahler... bukannya bini bernombor pun...
zuriey replied at 20-11-2023 12:56 PM
Boring doh tok ram ni
Aku ada je kwn2 yg kahwin org tua
Tapi happy je sporting laki depa
ADVERTISEMENT