PETALING JAYA – Seorang lelaki bertindak melarikan diri selepas mendapatkan perkhidmatan gunting serta dandanan rambut berharga RM890 di sebuah salon terletak di pusat beli-belah Bukit Bintang.
Menerusi hantaran Eddy Teller di Facebook, kejadian berlaku pada 13 November lalu dan laporan polis dipercayai telah pun dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi. Dia turut dimuat naik rakaman televisyen litar tertutup dan tangkap layar perbualan mesej antara lelaki berkenaan bersama pemilik salon. “Budak ni dah tipu anak saudara saya, buat rambut di salon sampai RM890 lepas tu lari tak bayar. Laporan polis dah dibuat di IPD Dang Wangi. “Kepada sesiapa yang kenal mamat ni, minta dia pergi balik salon yang dia buat rambut hari tu bayar jumlah tersebut dan buat video permohonan maaf. “Tak pasal-pasal orang lain kena tanggung kos kau buat rambut. Nak bergaya tapi menipu. Kalau ‘sengkek’ pergi potong kat mamak je lah. Tak berkat pun kau lari dah buat rambut,” tulis pengguna berkenaan.
Kisah tular ini turut dikongsi oleh beberapa pengguna lain sehingga tular di media sosial seperti aplikasi X sejak semalam. Di ruangan komen, terdapat beberapa pengguna meluahkan rasa tidak percaya dengan harga yang dikenakan hanya untuk dandanan dan servis gunting rambut. “Wei buat rambut apa sampai RM800 ni? Jiwa B40 saya tertanya-tertanya. Lain kali sebelum dapatkan servis, tanya jelas-jelas dulu harga,” komen Faiz. “Memang lah dia lari, mesti dia terkejut tengok bil akhir macam itu harganya. Mesti dia ingat dalam RM200 macam tu sahaja,” komen Healer pula.-CARI Sumber: Kosmo
|
akies replied at 20-11-2023 12:19 PM
Mcm mana budak ni boleh lari dari tk bayar?
Bukannya besar mana pun salon tu
akies replied at 20-11-2023 12:19 PM
Mcm mana budak ni boleh lari dari tk bayar?
Bukannya besar mana pun salon tu
adizero11 replied at 20-11-2023 12:28 PM
rm890 rasanya rambut kalis kutu dgn kelemumur..agaknyaa laaa
plywood replied at 20-11-2023 12:48 PM
Biasanya memang kos kurang dari itu pada mulanya, katalah dalam RM100.00...
... tapi semua kena ber ...
tumpanglalu74 replied at 20-11-2023 12:46 PM
https://x.com/noone117627/status/1725109221786898579
weezerfan replied at 20-11-2023 01:01 PM
Aku kalau salon yg jenis ikut sedap mulut je suruh buat treatment itu ini lepas di tolak pon memaksa ...
ADVERTISEMENT