CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Rimas Dengar Muzik Masa Makan, Rosak Mood Busker Menyanyi Dalam Kedai

20-11-2023 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3116| Komen: 22

Description: Segelintir pelanggan berasa kurang senang dengan kehadiran kumpulan busker di kedai makan yang dianggap mencetuskan suasana bising dan mengganggu ketenteraman.
Segelintir pelanggan berasa kurang senang dengan kehadiran kumpulan busker di kedai makan yang dianggap mencetuskan suasana bising dan mengganggu ketenteraman.

Seorang lelaki turut menyifatkan kehadiran busker di kedai makan khususnya pada waktu pagi merosakkan ‘mood’ bersarapan kerana alunan muzik yang terlampau kuat.


Foto: The Star

“Aku tak faham apa dalam fikiran tuan kedai makan yang panggil orang busking masa sarapan pagi.

“Orang datang nak makan dengan tenang di pagi hari, nak bersembang dengan kenalan, ada keluarga makan bersama.

“Habis rosak mood pagi apabila bunyi muzik kuat sangat,” katanya di laman X.

Di ruangan komen kebanyakannya bersetuju kerana berpandangan kehadiran pemuzik jalanan hanya merosakkan suasana di kedai makan sama ada waktu pagi, tengah hari mahupun malam.

Malah ada yang menyatakan, lagu dan muzik yang dimainkan tidak sesuai dengan suasana setempat.


“Kalau busking dengan lagu yang menaikkan semangat tak ada masalah. Ni kalau semua 'ke laut', nak makan pun hilang selera.

“Tak kira pagi, tengah hari, petang, malam... kalau kat kedai makan, memang bising. Hilang mood nak makan, bersantai dan sembang-sembang.

“Tak kisah nak busking tapi lagu mellow atau tradisional pun okay... ni dah kenapa nak tarik lagu XPDC! Buat macam mini konsert.

“Orang kampung baru nak Dhuha (solat sunat pagi), ya ampun, pagi-pagi lagi dia busking tersedak nasi lemak,” kata beberapa warga maya.

Bagi segelintir netizen lagi, pelanggan mempunyai pilihan sama ada untuk datang ke kedai yang terdapat pemuzik jalanan ataupun tidak.

“Orang nak lunch dan dinner dengan aman. Aku kalau nampak kedai ada nyanyi-nyanyi ni terus tak singgah.

“Ada orang yang suka makan sambil dengar orang busking, tapi kalau muzik tu terlalu kuat... agak mengganggu.

“Rasa tak suka anda boleh makan di kedai lain.

“Rezeki untuk dikongsi bersama. Tuan kedai dapat tarik lebih ramai pelanggan dan busker dapat rezeki daripada sumbangan pelanggan termasuk timba pengalaman bermain di tempat awam,” tambah segelintir netizen lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 20-11-2023 12:21 PM
nyanyi biasa2 xpe lg
ni kemain tarik high note kdg deme ni
lg 1 nyanyi x sedap yg smpi tahap ganggu xtvt santai2 nk mkn2
plus, speaker cap ayam, bunyi sedeyhhh

Quote lee_sakura 20-11-2023 12:24 PM
kadang iols rimas gak sbb muzik terlampau kuat...so iols makan cepat2 pastu blah dr kedai...nk tegur kesian sbb org cari rezeki gak
Quote esbok 20-11-2023 12:27 PM
Nak main tu ,main la, tapi bising berdesing bunyi music tu kene pandai2 la tengok kawasan. Berdesing tu jadi tak aman mana nak makan mana nak menahan telinga berdesing.
Teringat juga kisah satu mat saleh nak kasi prank ceriakan orang dlm lif, dia petik gitardalam lif. Orang dalam lif tak bagi sambutan, dan mat saleh tu kelihatan nya mcm bingung kenapa orang tak vibe dgn dia. Dia tak tau ka berdesing bunyi petik gitar suara dia dalam lif tu tidak lah harmoni dlm space besaq tuh. Tu pentingnya science edukesyen
Quote pp_gurl 20-11-2023 12:27 PM
akk aku sll ckp..apa kata kita tnya penyanyi tu satu mlm dpt berapa untungnya
kita byr ikut average dia dpt pastu suruh dia balik rumah rehat
Quote Nurdianah 20-11-2023 12:28 PM
Feeling pub.. ala2 Hard Rock ke bang
Quote adizero11 20-11-2023 12:29 PM
Kdg2 tukang ambik order pn x dgr apa yg kita ckp dekat dieorg sbb lagu bingit sgt..
Quote prince_marhaen 20-11-2023 12:54 PM
ada kat foodcourt tempat meols, ada busker (tak tau la busker ke apa), bukak youtube minus one, cucuk plug speaker, cucuk mic, dia karaoke kat situ...pastu feeling2 ye nyanyi lagu2 baru, aina abdul la, marsha lah, mahalini lah, lagu dawai lah....padahal dia berwajah abang2 kelindan lori....suara dah tentu macam mesin tebu ye...meols agak dia nonok in disguise ye...
Quote ketipongtipah 20-11-2023 01:14 PM
Band rock kapak ni.. wannabe Bon Jovi padahal level Ekamatra jer! Terpekik terlolong cam nak masuk American Idol
Quote pasa 20-11-2023 01:17 PM
prince_marhaen replied at 20-11-2023 12:54 PM
ada kat foodcourt tempat meols, ada busker (tak tau la busker ke apa), bukak youtube minus one, cucu ...

dah yang datang pun acik gundu kepam sepadan la tu dengan uols. Acik kepam terasa mcm makan kat hard rock cafe. padahal makan kat fud kot tak ada air cond. You pay peanut get monkey
Quote tintin22 20-11-2023 02:41 PM
kat dlm mall pon ada sekarang
Quote AbukRokok 20-11-2023 03:56 PM
Org nk makan nk berborak bukan nk join konsert
Sama mcm knduri kawin
Ni semua lahanat
Quote edoraixora 20-11-2023 04:20 PM
kuat sangat kekadang...nak borak2 pun susah
tak payah pakai speaker boleh tak, nyanyi jer dgn gitar kapok tu
Quote ifanonline 20-11-2023 04:23 PM
pagi tak sesuai la ada busker...malam ok
Quote apam 20-11-2023 05:31 PM
Aku suka aje kalau makan kat tempat biasa2 melayu makan ni ada buskers. Ada meriah sikit. Kalau nak privacy pegilah cafe ke, hotel ke. Kalau kenduri kawen pun aku suka bising2. Kalau senyap sunyi skima acah bagus, aku blah awal. Boring.
Quote ultra78 20-11-2023 05:35 PM
Bising,anak orang menjerit sampai bingit telinga,orang datang minta sedekah dan jual tisu,kucing merayap di kaki. Antara sebab aku tak suka makan di luar
Quote VitchyPinkVitch 20-11-2023 05:46 PM
Sekali sekala nak jugak breakfast dekat foodcourt tapi dah begini kejadiannya, semak pulak. Contohnya aku selalu pi astaka Taman Tun  sebab situ banyak pilihan. Situ muzik buskers mmg kuat gila. Nak kecam tapi nanti aku dikecam balik. Sudahnya tapau balik nak di rumah sajalah
Quote lolipopmanish 20-11-2023 06:16 PM
Aku pon pernah mkn tengah hari kat 1 kedai ni,  nk makan aman2 pastu rupanye ade geng buskers ni..nak sembang2 sambil mkn pon tak seronok, jadinya makan laju2 terus keluar je hmm
Quote krustykrab 20-11-2023 06:28 PM
pp_gurl replied at 20-11-2023 12:27 PM
akk aku sll ckp..apa kata kita tnya penyanyi tu satu mlm dpt berapa untungnya
kita byr ikut average  ...

"kita" tu sapa?
Tuan punya kedai ke atau pelanggan yg dtg nak makan?
Quote she 20-11-2023 06:47 PM
Macik teda masalah busker tu nak melalak

Yang jadi masalah
Dia menyanyi satu lagu
Lagu pun belum habis
Member dia dah sua topi suruh kita letak duit

Orang datang nak makan
Kau dah kenapa nak saiko2 orang wajib bayar
Dasar Israel betul lah

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-12-2023 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.032612 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top