Haqiem Rusli didakwa menyuntik wajah sebagai salah satu cara bagi mengatasi masalah jerawat yang dialaminya. Namun penyanyi ini kata dia hanya mengamalkan pengambilan vitamin C dan minum banak air putih bagi mendapatkan kulit yang sihat.
"Demi Allah saya tak ambil (suntikan)... Mana ada bersih, masih ada jerawat lagi. "Saya cuma amalkan pengambilan vitamin C dan minum air kosong yang banyak. Cucuk-cucuk tidak ada. Itu adalah fitnah," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Haqiem memberitahu rutin itu dijar oleh isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri sejak mereka mendirikan rumah tangga. "Sofea yang ajar saya. Vitamin dia banyak, jadi saya amalkan dua perkara itu sahaja," ujarnya. Sementara itu, mengulas mengenai persembahannya yang dikatakan kurang bertenaga, Haqiem akui kesalahannya yang tidak mendapatkan rehat secukupnya sebelum membuat persembahan.
Katanya, dia juga telah meminta maaf kepada rakan duonya iaitu Ariff Bahran selepas gagal mendapat hati juri kerana kecuaiannya. "Saya setuju dengan komen juri mengenai tenaga saya agak kurang pada minggu ini. Saya akui ia kesalahan saya sebab saya main game berlebihan, tidur lambat. "Bagi saya ia memberi kesan kepada saya. Saya akan ambil setiap komen juri itu dan akan buat lebih baik pada minggu akan datang," ujarnya.
Pada minggu keenam, pasangan sepupu itu berjaya mendapat kedudukan ketiga dengan markah 47.7 peratus. Sementara Sharif dan Syaiful kekal dengan tempat pertama dengan markah 71.3 peratus sekali gus membawa pulang hadiah mingguan wang tunai sebanyak RM10,000. Diikuti Tom dan Fuad dengan markah sebanyak 62.9 peratus dan tempat ketiga milik Adira dan Emma Suhaimi (62.8).
Manakala tempat kelima Shila Amzah dan Amir Syahir (45.9) dan Adam dan Ryan Bakery pula berada di tempat keenam dengan markah 45.4 peratus. FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.
Finalis akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang tunai utama sebanyak RM100,000. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|