CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2362|Reply: 3

Haqiem Rusli Dituduh Suntik Wajah Nak Hilangkan Jerawat "Tak Ada Cucuk-Cucuk, Isteri Ajar Minum Vitamin C Je"

[Copy link]
Post time 20-11-2023 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Haqiem Rusli didakwa menyuntik wajah sebagai salah satu cara bagi mengatasi masalah jerawat yang dialaminya.


Namun penyanyi ini kata dia hanya mengamalkan pengambilan vitamin C dan minum banak air putih bagi mendapatkan kulit yang sihat.



Foto: IG





"Demi Allah saya tak ambil (suntikan)... Mana ada bersih, masih ada jerawat lagi.


"Saya cuma amalkan pengambilan vitamin C dan minum air kosong yang banyak. Cucuk-cucuk tidak ada. Itu adalah fitnah," katanya kepada mStar.




  



Dalam pada itu, Haqiem memberitahu rutin itu dijar oleh isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri sejak mereka mendirikan rumah tangga.


"Sofea yang ajar saya. Vitamin dia banyak, jadi saya amalkan dua perkara itu sahaja," ujarnya.


Sementara itu, mengulas mengenai persembahannya yang dikatakan kurang bertenaga, Haqiem akui kesalahannya yang tidak mendapatkan rehat secukupnya sebelum membuat persembahan.




  



Katanya, dia juga telah meminta maaf kepada rakan duonya iaitu Ariff Bahran selepas gagal mendapat hati juri kerana kecuaiannya.


"Saya setuju dengan komen juri mengenai tenaga saya agak kurang pada minggu ini. Saya akui ia kesalahan saya sebab saya main game berlebihan, tidur lambat.


"Bagi saya ia memberi kesan kepada saya. Saya akan ambil setiap komen juri itu dan akan buat lebih baik pada minggu akan datang," ujarnya.




  



Pada minggu keenam, pasangan sepupu itu berjaya mendapat kedudukan ketiga dengan markah 47.7 peratus.


Sementara Sharif dan Syaiful kekal dengan tempat pertama dengan markah 71.3 peratus sekali gus membawa pulang hadiah mingguan wang tunai sebanyak RM10,000.


Diikuti Tom dan Fuad dengan markah sebanyak 62.9 peratus dan tempat ketiga milik Adira dan Emma Suhaimi (62.8).




  



Manakala tempat kelima Shila Amzah dan Amir Syahir (45.9) dan Adam dan Ryan Bakery pula berada di tempat keenam dengan markah 45.4 peratus.


FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.




  



Finalis akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang tunai utama sebanyak RM100,000. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 01:49 PM | Show all posts
biasala laki ada jerawat sikit2....
kulit licin macam baby baik kawen dengan anak patung jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
normal la tu kan muka ada jerawat2
nasib dia tak cucuk tang lain kat muka kat terus jadi oppah nnt...kan bini dia acah rose gitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 20-11-2023 01:26 PM
normal la tu kan muka ada jerawat2
nasib dia tak cucuk tang lain kat muka kat terus jadi oppah nnt.. ...

Apalak xcucuk tang lain? Mesti ada cucuk punya. Cuma takut salah lubang dicucuknya tu lah belum ada hasil tanaman lagi. Maklumlah dia terpaling Islamic mesti xpernah tgk porn atau join sembang2 ngeseks. Inosen gitu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.058815 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list