CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Kena Tibi Sekitar Pudu

19-11-2023 01:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7325| Komen: 44

Petaling Jaya: Kes tuberkulosis atau tibi dilihat mula menyerang penduduk di ibu negara ketika ini.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, kes tibi tertinggi direkodkan di sekitar Pudu dengan bilangan 30 kes dan 18 daripadanya dalam rawatan.


Selain itu, ia turut direkodkan melibatkan Taman Pertama (6 kes), dan Kampung Cheras Baru (5 kes), manakala tiada kes di kawasan Fraser Bussiness Park seperti yang ditularkan.


“Info terkini kes adalah disahkan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) pada semalam, 18 November 2023,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah JKWPKL&P, Dr. Nor’Aishah Abu Bakar memberitahu, sehingga 17 November lalu, terdapat 1685 kes tibi dilaporkan dalam kawasan operasi pihaknya dengan pecahan mengikut pejabat kesihatan.

“Pejabat Kesihatan Cheras (387 kes; 278 kes masih dalam rawatan), Pejabat Kesihatan Kepong (424 kes; 250 kes masih dalam rawatan), Pejabat Kesihatan Lembah Pantai (424 kes; 218 kes masih dalam rawatan), Pejabat Kesihatan Titiwangsa (399 kes; 212 kes masih dalam rawatan) dan Pejabat Kesihatan Putrajaya (51 kes; 29 kes masih dalam rawatan).


“JKWPKL&P amat mengalu-alukan dan menghargai usaha masyarakat untuk membantu dalam membuat hebahan maklumat berkaitan penyakit tibi ke arah usaha bersama membendung penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes tibi masih terkawal dan rakyat diminta tidak panik.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya mengesahkan beberapa kes tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun ia sentiasa dipantau oleh Bahagian Kesihatan Awam KKM.


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 19-11-2023 01:56 PM
Meols pun batuk batuk ni...risau pulak
Quote Purplehaz 19-11-2023 05:10 PM
Kenapalah TB ni xde test kit..kalau ada kan senang.
Quote Purplehaz 19-11-2023 05:14 PM
B40tastePosh replied at 19-11-2023 01:56 PM
Meols pun batuk batuk ni...risau pulak

Kena check you, kalau x recover dlm 2 minggu tu, takut influenza atau TB.
Kenalan I check x-ray clear, kahak clear, skin test clear, sekali last check darah confirm TB latent.

Kuman TB ni serang bila org tu weak, kalau dia x weak atau berisiko kuman tu akan dok diam dlm bdn..tunggu mase nk serang tuanpunya bdn.
Quote B40tastePosh 19-11-2023 05:16 PM
Purplehaz replied at 19-11-2023 05:14 PM
Kena check you, kalau x recover dlm 2 minggu tu, takut influenza atau TB.
Kenalan I check x-ray cl ...


Takut la uols... A few days ago memang ada baca within 2 weeks kalau tak baik memang sah TB.

Pekerja meols ramai Indonesian.
Quote syamzana 19-11-2023 05:31 PM
Purplehaz replied at 19-11-2023 05:14 PM
Kena check you, kalau x recover dlm 2 minggu tu, takut influenza atau TB.
Kenalan I check x-ray cl ...

iols dari jumaat batuk dah makan ubat, vit c segala tapi makin kronik sampai sakit kepala.
mula2 batuk berkahak skrg batuk kering plak. minum air pun dah byk, runsingnya nak ke klinik kali ke2
tapi semlm caprut cakap tb mmg byk pun skrg, rileks2 sudah
Quote Purplehaz 19-11-2023 06:02 PM
Edited by Purplehaz at 19-11-2023 06:04 PM

- duplicate comment- deleted
Quote Purplehaz 19-11-2023 06:03 PM
syamzana replied at 19-11-2023 05:31 PM
iols dari jumaat batuk dah makan ubat, vit c segala tapi makin kronik sampai sakit kepala.
mula2 b ...

Byk you kes skg ni, I tau sbb temankan kenalan I gi unit TB kkm, pegawai kkm dan doktor ckp mmg ramai dh TB kat KL ni. Kat TV pun kan dh ada iklan pasal aware TB ni.
I pun aritu sakit batuk x hilang, swasta dh pegi last check kat kkm suspect influenza bukan tB, now dh recover.

Pegi Klinik kkm syg, kalau dorang check saluran nafas you x ok..akan ada further check up lain, and tanya doktor psl TB & influenza.  Klinik swasta pula buat x-ray dada..sbb batuk tak recover.
Jgn terlmbt syg.
Quote Purplehaz 19-11-2023 06:14 PM
B40tastePosh replied at 19-11-2023 05:16 PM
Takut la uols... A few days ago memang ada baca within 2 weeks kalau tak baik memang sah TB.

Peke ...

Jgn panik syg. Apa yg u perlu buat. Pergi kkm , ckp dgn doktor you batuk dh lama more than 2 weeks. And mesti beritahu doktor pekerja ramai indon. You ckp takut terjangkit TB.
And kalau ada kes index kat tmpt you yg dh pernah dlm rekod kkm, lg mudah dorang nak check.

Tapi lebih elok first you pergi hosp swasta or Klinik swasta yg ada x-ray..you buat x-ray...utk check keadaan paru2 you. Tgok keputusan x-ray,
doktor boleh suspect awal ada tak tompok putih kat paru2 tu samada kanser, TB or penyakit lain. Nnti doktor doktor akan bg refer letter pergi KkM.
Quote AkokKocik 19-11-2023 06:17 PM
Sbb tu skrg aku masih pakai topeng muka klu gi mana2, wpun org dok kerling aku jer.
Quote manehnya 19-11-2023 06:45 PM
Aduh, mgu ni nak turun KL... Mcm mn, plan nak naik public transport pulak, should I reconsider?
Quote RVP20 19-11-2023 06:57 PM
Masih pakai face mask. Borong face mask masa harga jatuh hari tu. Skrg pun still murah.
Quote Skuau 19-11-2023 06:59 PM
Sapa SUH IMPORT PENYAKIT...tada penyakit...IMPORT PENYAKIT.....Bengong betul sapa bagi PENYAKIT NI mai,tggal kt Msia....
Quote A-Are 20-11-2023 08:24 AM
Byk jugak dgr kes tibi ni... I Olls baru tao rupanya TB ada byk jenis, ada TB peparu, TB perut & TB kulit...
Quote shamsadis 20-11-2023 08:30 AM






menggalakkan mereka datang, hanya membawa penyakit, yang sakit orang Malaysia, yang bayar bil perubatan pembayar cukai Malaysia, penat2 kerja bayar cukai.

Quote Prickford 20-11-2023 08:41 AM
B40tastePosh replied at 19-11-2023 09:16 AM
Takut la uols... A few days ago memang ada baca within 2 weeks kalau tak baik memang sah TB.

Peke ...

Kazen iolls pon batuk berminggu2. Takut TB kan, so pegi la buat check up. Pastu doc takde detect TB. So doc minta nak masuk camera. Rupanya ada asthma. Selama ni tak tau diri tu ada asthma.

Quote Tinot7 20-11-2023 09:14 AM
Purplehaz replied at 19-11-2023 05:10 PM
Kenapalah TB ni xde test kit..kalau ada kan senang.

Jumpa doktor la
Quote She-Ra 20-11-2023 09:19 AM
AkokKocik replied at 19-11-2023 06:17 PM
Sbb tu skrg aku masih pakai topeng muka klu gi mana2, wpun org dok kerling aku jer.

meols masa masih bekerja kt kl, mmg tak lekang dgn face mask
nak nak kita ni pulak pengguna public transport (lrt), mmg tak pernah tanggal la
pegi luar dr kl selangor pun menten pakai, org luar dr kl selangor pulak perati meols lain machiam ahahahahaa
sekarang dh kerja kt jb, mmg tak pernah pakai dh face mask, mai kl pun tak pakai dh tp mmg elok standby kan
Quote sambaldurian 20-11-2023 09:30 AM
skg darjah 6 dh xde ulangan bcg, so pandai2 la jaga  anak tu. Klu suh cucuk karang , rmi parents skg woke , antivaxx. Mak2 kita yg kampung2 dulu x kisah , bwk je anak g cucuk sana sini. Dh nurse suh dulu. Skg je nk natural.Nk kembali ke zmn2 dulukala sebelum british dtg.xyah vaksin2.
Quote Radzor 20-11-2023 09:35 AM
Takda vaksin mrna dari who ka?

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.138374 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top