CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bunuh, Bakar Isteri Kedua Sebab Tak Bagi Duit RM15,000 Untuk Bertanding Jadi Ketua Daerah

19-11-2023 08:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4486| Komen: 4

Description: Indonesia: Hanya kerana tidak mendapat wang berjumlah RM15,000, seorang lelaki tergamak membunuh isteri keduanya dalam satu kejadian pada 11 November lalu. Memetik laporan media Indonesia, pihak polis ...

Indonesia: Hanya kerana tidak mendapat wang berjumlah RM15,000, seorang lelaki tergamak membunuh isteri keduanya dalam satu kejadian pada 11 November lalu.


Memetik laporan media Indonesia, pihak polis mendakwa suspek, Ahmad Yuda Siregar yang berusia 46 tahun itu bertindak sedemikian kerana suspek tidak puas hati kerana isterinya, Tetty Rumondang Harahap enggan memberi wang kepadanya bagi mengikuti pencalonan sebagai ketua daerah di Pilkada.


Sementara itu, pegawai polis iaitu Kombes Pol. Nugroho Tri Nuryanto berkata, pelaku memukul kepala mangsa dengan lesung dan menusuk leher kerana mahu menguasai harta benda milik mangsa termasuk sijil, wang dan kenderaan.



Lebih kejam apabila suspek bertindak membakar ubat nyamuk di bilik sehingga menyebabkan mangsa hangus terbakar. Suspek kemudian melarikan diri namun akhirnya berjaya diberkas pihak polis.


Semasa soal siasat, suspek mendakwa isterinya itu tidak menunaikan janji untuk memberikannya wang. Atas kesalahan tersebut, suspek berdepan hukuman mati.


Sekadar info, mangsa dan suspek mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu.



Sumber: Oh Bulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 20-11-2023 07:25 AM
Jantan macam ni kena hapuskan sampai tak tinggal sisa. Dah la kawin dua. Bini nak kena suap dia dah kenapa. Kasik mampus terus aje
Quote AkokKocik 20-11-2023 12:02 PM
Malangnya jd seorg istri skrg ni...sekadar kawen utk senangkn hidup seorg lelaki.
Quote jazaa100 20-11-2023 12:51 PM
Memula rasa seronok dapat cantas laki org....
Rupanya 2tahun je dah kena bunuh....
Quote 3chanceno 20-11-2023 01:12 PM
Ganas nya tindakan kerana duit! Kat yindon memang ramai jantan tak keje..bini keje kat obersi kirim duit,  depa kat rumah kawin lain & seronok2.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-12-2023 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.042446 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top