CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga PATI China Seberang Sungai Golok Nak Masuk Malaysia

18-11-2023 10:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15409| Komen: 23

Tanah Merah: Seramai tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara China termasuk dua wanita dicekup selepas mereka menyeberangi Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di sini, hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga PATI yang berusia 33 hingga 36 tahun itu diberkas kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi.


Menurutnya, pasukan beroperasi menahan PATI itu semasa menjalankan rondaan bermotosikal sebelum mengesan tiga orang awam memasuki negara secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok menggunakan perahu.

“Pemeriksaan mendapati, seorang lelaki dan dua wanita itu merupakan warganegara China.

“Anggota bertugas merampas sembilan buah telefon bimbit, wang tunai mata wang Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Thailand dan Hong Kong bersama PATI yang ditahan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, anggota Dua Divisyen turut merampas tiga utas jam tangan, barangan kemas, beg tangan, 42 kotak rokok dan kad tambah nilai Myanmar dengan anggaran nilai keseluruhan melebihi RM104,096.


Menurutnya, ketiga-tiga PATI itu diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga di sini untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, menurut sumber, difahamkan ketiga-tiga PATI itu masuk ke Kelantan untuk mencari pekerjaan di negeri ini.

Katanya, selain itu, dua wanita yang ditahan berkemungkinan akan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) atau terlibat dengan sindiket pelacuran.


Sumber: Kosmo! Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 18-11-2023 11:48 PM
Nape tak ikut klia? Call menteri pelancongan?


Quote cmf_almondpecan 18-11-2023 11:52 PM
Dah menyeberang sungai pulak
Quote JunkMail 19-11-2023 12:14 AM
sharlenetexas replied at 18-11-2023 11:48 PM
Nape tak ikut klia? Call menteri pelancongan?

Deep.
Quote naina 19-11-2023 02:15 AM
Aku tak faham kenapa China beriya nak duduk sini instead of negara dia yang konon lebih maju tu.
Kalau nampak China tak beradap takda common sense tu betollah tu China mainland. Aku pernah eksiden dgn China mainland. Memang dia buat xtau je..takda common sense dia dah langgr kereta. Nasib la tempat kerja dia depan tu je. Tapi dia xdtg pun kat kami..dia terus cek2 kerja seoalah2 takda apa berlaku..gilaaaa
Quote kepompong 19-11-2023 02:38 AM
yg tak kantoi dah brp ramai terlepas?
Quote jazaa100 19-11-2023 07:10 AM
sharlenetexas replied at 18-11-2023 11:48 PM
Nape tak ikut klia? Call menteri pelancongan?

Kannn....

Siap disambut lagi.... Ni susah² naik sampan, klu terbalik, tak pepasal ke alam lain pulak
Quote jazaa100 19-11-2023 07:14 AM
naina replied at 19-11-2023 02:15 AM
Aku tak faham kenapa China beriya nak duduk sini instead of negara dia yang konon lebih maju tu.
Ka ...

Pastu U pi mintak dia ganti tak?.....

Kekdg jumpa kat klcc....pakai pyjama yg seluar tu jln merata.....rasa selesa kot dari pakai jeans atau seluar tebal....

Mcm indon lah....baru nk rasa kehidupan lain di msia....kita blh kenal samada melayu ke indon dgn perangai & cara berpakaian dorang.  ..cina pun sama...blh bezakn cina mainland & cina msia
Quote adizero11 19-11-2023 08:20 AM
Dah sengkek sgt ke kena menyeberang sungai?? kalau kepuk2 konfem disambut menteri pelancongan dekat KLIA kan..
Quote sambaldurian 19-11-2023 08:43 AM
Ni sbb china prc ni dari myanmar , alang2 g terus klia, cikcur dulu kt thailand , pastu baru smpai Msia. Yg thailand tu cmne boleh terlepas xtau. Klu china prc ni terlepas, x g kl, msti terer kecek kelate pasni.
Quote Zazama 19-11-2023 08:58 AM
Tahniah! Dpt jugak tangkap. Pati dari C yg dh berjaya masuk jumlahnya ntah berapa tah? Ada kutu di sebalik rambut.
Quote B40tastePosh 19-11-2023 09:37 AM
naina replied at 19-11-2023 02:15 AM
Aku tak faham kenapa China beriya nak duduk sini instead of negara dia yang konon lebih maju tu.
Ka ...

KDNK per kapita diorg kecik dari Malaysia...level² Indonesia je.

Sebab tu negara China tu jadi hamba untuk pasang Iphone dan Ipad untuk orang USA dan Eropah.

Banyak je barang eletronik negara kaya kaya ni dipasang kat China.
Quote menjad 19-11-2023 09:39 AM
Tanah punya besar, nak merempat jugak kat tanah melayu. Pastuh jadi kaduk naik junjung. Cakap melayu tak reti lagi ada hati nak jadi warganegara. Puiiii
Quote _blackbird 19-11-2023 10:43 AM
Edited by _blackbird at 19-11-2023 10:45 AM
naina replied at 19-11-2023 02:15 AM
Aku tak faham kenapa China beriya nak duduk sini instead of negara dia yang konon lebih maju tu.
Ka ...

china situasa dia sama mcm bangla, indon, india, kelatan yg mana rakyat terlalu ramai tapi peluang pekerjaan terhad. ramai yg kaya tapi lagi ramai yg papa kedana. one of reason diorg suka merantau

it is not about malaysia lah, india, china, bangla mmg merantau 1 dunia. celah ceruk negara mana pon meka2 ni mmg ada. siap ada community lagi. cth paling dekat org klate, celah pelusuh negeri dlm malaysia pon ramai kot puak2 ni ada. pon sama siap ada geng circle diorg sendiri
Quote krustykrab 19-11-2023 11:40 AM
Makin hebat la china..
Quote JunkMail 19-11-2023 11:49 AM
Cina tanah besar macam Indon Jawo la...datang Malaysia blend in dgn local terus dapat ic biru. Tak reti cakap BM pun takpe sebab majoriti komuniti cina local pun bukan reti cakap BM pun.
Quote annehuda 19-11-2023 01:57 PM
lain kali tembak je. kalau dibiarkan hidup satgi 'hilang' 2-3 tahun nnt dpt ic biru
Quote maroon_nerd 19-11-2023 04:24 PM
Jangan masuk sini pastu jadi scammer sudah.
Quote Decaffeinated 19-11-2023 06:19 PM
"...difahamkan ketiga-tiga PATI itu masuk ke Kelantan untuk mencari pekerjaan di negeri ini.

Katanya, selain itu, dua wanita yang ditahan berkemungkinan akan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) atau terlibat dengan sindiket pelacuran."


Dua ayat di hujuuung artikel macam tak tau acik2 malas membaca.
Quote sharlenetexas 19-11-2023 06:25 PM
_blackbird replied at 19-11-2023 10:43 AM
china situasa dia sama mcm bangla, indon, india, kelatan yg mana rakyat terlalu ramai tapi peluang  ...

Kat khartoum ada komuniti cina. Ada chinese restaurant. Deyols kawan dgn pinoy.


Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.118360 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top