CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nourul Dan Berbaik Dengan Ayu

17-11-2023 07:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12304| Komen: 53

Penyanyi dan komposer Ajai memaklumkan hubungan anaknya, Ayu Nazirah dengan bekas isteri yang juga penyanyi, Nourul Wahab sudah kembali damai.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 48, berkata, mereka sudah saling memohon maaf dan berhubung.



"Alhamdulillah mereka sudah berbaik. Ayu maklumkan dia sudah menghubungi mama (Nourul) dan mereka saling memohon maaf atas konflik yang berlaku.

"Hubungan mereka pun sudah okey sekarang. Bagi saya, biasalah kisah ibu terasa hati. Tiada apa yang serius pun," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran single Saat Hilang Centimu yang pernah dipopularkan Allahyarham Siti Sarah namun diberi nafas baharu oleh Aufahanie.

Menurut Ajai, dia juga tidak masuk campur isu ketegangan yang berlaku antara Nourul dan Ayu kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

"Dua-dua sudah dewasa dan boleh buat keputusan sendiri. Kalau bab gaduh antara ibu dan anak ini saya dah faham sangat.


"Lagipun mereka darah daging, lambat atau cepat pasti akan berbaik kalau ada masalah," katanya.

Dalam pada itu, Ajai turut menjawab dakwaan anaknya tinggal bersama pelakon Maria Farida sehingga menjadi punca masalah yang terjadi.

"Ayu pernah jadi pembantu peribadi kepada Maria. Tetapi sejak empat bulan lalu dia sudah ada kerja tetap dalam bidang zoologi dan sudah tinggal di rumah sendiri.

"Kalau Ayu nak kahwin saya tiada halangan. Siapapun pilihan dia saya sokong. Umur dia pun sudah semakin meningkat.

"Cuma saya nasihatkan fokus kepada kerja dulu. Untuk bakal suami Ayu saya sudah bertemu beberapa kali dalam jamuan makan malam. Saya nasihatkan dia untuk stabilkan dulu kehidupan sebelum ambil keputusan berkahwin," katanya.

Pada September lalu, Nourul berkongsi di media sosial foto dirinya sedang hamil dan menceritakan kronologi sebelum melahirkan Ayu kira-kira 25 tahun lalu dan kini seperti terasa hati kerana anaknya sudah mempunyai 'ibu baru'.

Perkongsian dibuat itu menerima pelbagai komen netizen yang berbaur sedih dan terharu dengan pengorbanan besar seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa demi anak tersayang.

Ayu Nazirah adalah cahaya mata tunggal Nourul bersama Ajai yang bernikah pada 1996 dan sah bercerai pada 2006.

Pada 2012, Nourul berkahwin kali kedua dengan lelaki Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.

Mereka kini menetap di Bali, Indonesia, selepas berpindah dari Malaysia pada September tahun lalu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 17-11-2023 07:36 PM
bagus statement ajai.....sangat cerdikpandai dan tidak beremosi.....nourul ni banyak baca buku2 motivasi untuk mengurangkan rempanan.
Quote gold_teeth 17-11-2023 08:36 PM
Ajai ckp sila stabilkan dlu kehidupan b4 kawij dekat pkwe ayu. Kiasan mcm kena ada keje bagus dlu je. Keje ape anak MF tu
Quote arffa 17-11-2023 11:42 PM
Bila bergaduh dengan darah daging jangan la diheboh pada orang luar, esok lusa berbaik balik. Walaupun dah baik kesannya masih ada.
Quote cm_vungtau 18-11-2023 12:23 AM
Ajai dengan Nurul pun kawin masa Ajai belum stable. Nak tunggu stable betul2 jenuh la.
Quote Purplehaz 18-11-2023 06:56 AM
Esok esok gaduh blk..merajuk...baik blk..gitu la seterusnya.

Ya betul ajai ckp, dia xnak jadi mcm dia dulu . Zmn skg nk kawin pastikan ank lelaki tu ada income stable...rumah..harta yg basic..bukan jenis asyik melekat kat mak jer..atau jenis boros.
Quote emera 18-11-2023 07:09 AM
Baguih ajai ni.. x jd batu api. Yg suruh boifren stabil tu, bunyi mcm x stabil dr segi kewangan je. Budak tu keje apa?
Quote hzln 18-11-2023 07:57 AM
Edited by hzln at 18-11-2023 08:01 AM

So...betul la spekuan acik forum dulu, acik depp tak berapa berkenan sbb budak jantan ni membewak takde kerja buat harap duit mak bapak...
Mmg ler bkn idup sesak b40 pun, belah bapaknya nun bkn calang2 jua, maria farida pun idup senang juga, tapi tu lah, takde mak bapak yg sanggup tengok anak perempuan mereka perjudi nasib menikah dgn jantan yg takde arah tuju perabih reta mak ayah sedang anak kita kerja mcm nak rak.
Quote sukebintang 18-11-2023 07:58 AM
Ajai cakap berdasarkan pengalaman dia la. Nak kahwin kena stabil dulu. Dia pun lepas kahwin keluar Exists sbb nak kene buat kerja lebih. Tapi rezeki lepas kahwin pun banyak juga.

Sejak Ajai join banyak aktiviti dgn Exists, esp after konsert reunion dgn banyak interview, baru la kenal Ajai dari sudut yg lain. Sebelum ni kenal dia dgn ayat2 pedas time kritik orang. Kadang kadang rasa poyo je. Tapi bila dah kenal sikit dia memang layak je bagi kritikan dgn cara dia tu and dia pun not bad je kelakuan. Baik and jenis tak meninggi diri.
Quote MisXoXo 18-11-2023 08:05 AM
A ah.kje apa eh anak MF.anak ajai belajo smpai degree..tu agaknya ajai sebut gitu.mana yg ckp jenuh r..nk keje stabil dulu ke apa..cer pahamkan mksd dia.hint utk keje tetap mngkin.anak dia pun keje zoologist kan.
Quote Fly_over 18-11-2023 08:39 AM
mcm bakal x jadian je ayu dgn anak maria ni. bila ckp kt public maria x rasa kena kritik ke?
Quote azlinaresad 18-11-2023 08:44 AM
Alhamdulillah
Quote jalfa 18-11-2023 08:52 AM
Betul la nourul tu marah sampai tinggal umah maria..korang  x marah ke kalu anak sampai tinggal umah bf...nada ajak tu pon macam x restu aje depa kawen..hahah..
Quote JunkMail 18-11-2023 09:02 AM
Kalau aku pun tak kasi anak aku menikah dgn jantan tak keje. Cinta takleh bayar duit makan dik, takleh bayar monthly rumah etc etc. Tapi taktau lah acik porom macam mana.. sebab tengok gaya acik porom sokong je ayu tu memberontak melawan cakap mak sendiri ..
Quote F685 18-11-2023 09:04 AM
Nasihat Ajai kepada kekasih si anak perempuannya mmg mendalam maksudnya tu.

Ibu bapa mana sanggup nak serah anak untuk dijaga kepada lelaki yang tak stabil dalam kehidupan.
Quote cm_vungtau 18-11-2023 09:15 AM
Tapi kalau tak kasi nak kawin dengan lelaki tu sebab tak kerja or takde degree, jangan la kasi couple terus. Ni dah couple2, tetiba alih2 tak suka, pastu suruh stable dulu. Padahal anak ko yang perempuan. Takkan nak tunggu sampai dah 30an. Patut kalau lelaki tu takde qualiti, jangan kasi start terus.
Quote MarryPottet 18-11-2023 09:16 AM
Owh gitew citer nyer *sambil moncong2 mulut demi menghayati watak acik bawang*

Patut pon maknya hangin satu badan, berkajang karang ayat rempanan secara bersiri

So dah berbaik ni boleh dah lah maknya apply jadi pakar motivasi prog PLKN
Tulis kat resume, kejayaan utama adalah bila berjaya memotivasi anak perempuannya utk bekerja mengikut bidang kelulusan & memotivasi boyfriend anaknya utk mencari kerja yg stabil
Quote makadek 18-11-2023 09:20 AM
Kalau aku jd mf terasa oo aku suh anak aku. Kerja.. Malu ooo ajai tu komposer terkenal dn kaya dh
Quote marchikobonzo 18-11-2023 09:29 AM
Bagus ajai nasihat ni..zaman sekarang kalau tak da keje bagus2 payah nak tanggung family. Cinta je tak kenyang dik, tak boleh nak bayar bil bagai..
Quote azimodin 18-11-2023 09:43 AM
Bercinta serius x semestinya kawen cepat. Iouls kawen lepas dah 5 tahin kerja. Tu pon masa nak kawen tu MIL macam x berapa setuju sebab dia rasa anak dia boleh lebih maju lagi. Tapi rezeki la, lepas mengandung husband naik pangkat. Tapi sampai sekarang la husband iouls kena bebel sebab xnak sambung belajar

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.344504 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top