Oleh Adib ZA Status yang satu ini memang ada banyak kebenarannya. Ia juga menyedarkan ramai orang, rezeki itu datangnya dari banyak punca. Bukan hanya dengan sekeping ijazah, anda boleh 'demand' macam-macam di alam pekerjaan. Jika berdasarkan kisah di atas, peniaga lelaki itu dilihat 'tiada masa depan' dengan hanya berniaga nasi lemak. Namun, keuntungan yang diterimanya berkali ganda berbanding mereka yang bekerja dari pagi sampai malam, dan pulang ke rumah dengan baki duit yang semakin menyusut. Maklumlah, seharian bekerja pasti adanya kos seperti minyak kereta, tol di jalan dan juga duit makan yang pastinya bukan murah pada zaman ini. Meskipun menjual nasi lemak tampak seperti tak glamor, apatah lagi nampak 'educated', namun ia mampu menjana pendapatan yang sangat menguntungkan. Cukup dengan hanya beberapa jam sahaja menjual, membungkus dan memasak, si peniaga sudah boleh tersenyum lega dan puas. Sekurang-kurangnya dia tidaklah 'merentan' dan 'memaki hamun' sepanjang masa di laman sosial tentang masalah bos, rakan sekerja dan juga permintaan kerja yang semakin menimbun-nimbun. Stress pun tidaklah mengalahkan pekerja pejabat yang 24 jam 'meroyan' kerana beban kerja menggunung. Biarlah dilihat hanya membuka gerai di tepi jalan, tapi mempunyai kehidupan lebih baik daripada mereka yang bangga sangat dengan segulung ijazah mereka ini. Rezeki itu, bukan daripada manusia, kena ingat! - CARI Infonet
|
13
Bagus |
11
Marah |
4
Terkejut |
10
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CrowneGlory replied at 1-12-2015 02:24 PM
Dorg ni selekeh je time meniaga...cuba tgk kereta dorg..dtg naik van buruk tp kereta sebnr ..tu belu ...
clarizsa replied at 1-12-2015 03:00 PM
kalau xde manusia smart2 yg ko kata sengkek tu beli, x terjual jugak nasi lemak dia....
org yg ...
ADVERTISEMENT