CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fizi Ali 'Bengang' Ada Netizen DM Isteri Burukkan Dirinya

16-11-2023 09:40 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7836| Komen: 45

Penyampai radio, Fizi Ali sekali lagi mencuri perhatian apabila meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang individu yang mengirim mesej langsung (DM) kepada isterinya memburukkan dirinya.

Kata Fizi, individu yang menghantar mesej tersebut seolah-olah mempunyai niat untuk memisahkan Fizi dengan isterinya.


"Awak DM isteri saya pastu awak bagi kata-kata macam ni dekat dia? Ada masalah DM saya. Tak perlu nak buruk-burkkan saya dekat isteri saya.

"Niat awak untuk apa ye? Pisahkan kami ke?" tulis Fizi.


Terdahulu, isteri Fizi memuat naik sebuah video yang memaparkan Fizi sedang membantu isterinya mencuci pakaian di sebuah dobi kerana dia kurang sihat.


Bukan itu sahaja, isterinya turut menzahirkan rasa syukur dan gembira mendapat suami yang bertanggungjawab seperti Fizi.


Untuk rekod, Fizi dan Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober 2023.

Fizi sebelum ini pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Fizi mempunyai seorang anak perempuan, Ameena Sofia hasil perkahwinan dengan Shakilla.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 16-11-2023 09:43 AM
Haha bengong

Tp kadang2 org mmg bagi hint dah..tp bila tgh di awangan mmg la takleh nk terima

Mcm asyura dulu
Quote alin33 16-11-2023 09:45 AM
sbb tu org kata dia x pandai handle masalah, situasi tgh panas, lepas tu nk jugak post manja2,

bila rasa x kena, ko sentap pulak....apa kata ko diamkn diri dulu,

nk tunjuk sgt diri tu bahagia, org nk tunjuk bahagia sgt ni sbnarnya pun x bahagia pun...pura2 je  

mungkin pizi pun sentap jugak, sbb kt igs bini dia tulis, 'harap you pun tak berubah,' cuak la tu
Quote alin33 16-11-2023 09:48 AM
tp muka mcm terpaksa je buat keje, siannya
Quote kalchi 16-11-2023 09:52 AM
Mulut laki ni mmg tak bole tutup ke. Sama naik dgn ex bini. Mcm dia sorg ada bini dlm dunia
Quote honam 16-11-2023 09:53 AM
bawa bawa la bertobat
Quote Diamondmoney 16-11-2023 09:55 AM
Diamlah ko. Ada je cite ko hari2
Quote Fly_over 16-11-2023 09:56 AM
ada ek org menghanger pn buat kt dobi? 1st time nampak
Quote divalaura 16-11-2023 10:07 AM
aku malas nak ambik port hal piji ngan SK ni..
tapi aku rengsekkk betol dengar bini baru dia bercakap acah manja gitu..
shayanggg shomellll shedappp aloloooo musyukkk..haihhh banyak lah ayat dia yang acah2 pelat manja..
ko tak boleh sebut betul2 ke hanat?
Quote Burong_Hantuk 16-11-2023 10:08 AM
Sampah bethol!!
Quote Mary_jane 16-11-2023 10:27 AM
Tu pun nak sentap. Terpaling ada haters.
Quote babelina 16-11-2023 02:47 PM
ayooooooo.. retis sgt ker asyik mengisahkn ko nie..
Quote mamajawie 16-11-2023 02:57 PM
x habis2 binawe muka beruk apreka ni
Quote mawardia 16-11-2023 05:14 PM
Public figure ni kan... kang kalu tegur sentap. Tp tu la, x pandai nk bawak diri. Ni dh tau kau sejenis smua benda kau nak share, mcm 'lihatlah doniaaaa aku bahagiaaaa' gituh. Patut tau manage medsos... Public acc ni guna utk promote hal kerja. Pastu ada acc private utk family & close friends ja.

Netizen tu ramai yg mental. Kau layan, dgn kau skali mental.

Ntahlah fizi. Dh tua bangka motiplah x reti nak matang lg.
Quote noor2 16-11-2023 06:28 PM
Buncitnya perut...pregnant ke
Quote xtravaganza 16-11-2023 10:17 PM
Bkn btul ke..?? Sbb awal2 mmg mcmtu kan? Melainkan mmg rajin tulang orgnya..klu x, awal jela semua pon manis. Ape org ckp tu..bau kentut pon wangi..

[em:4:][em:4:][em:4:]
Quote Hoola 16-11-2023 10:26 PM
bersama piji hari ini kita kembali dgn episod : awat dm bini burukkan diriku
Quote suterabiru123 16-11-2023 10:31 PM
Piji dulu ngan kila pon mcm ni hari2 post terbahagia si kila tu... Tup tup serai..ni bini baru buat pulak...x bljr dari pengalaman ke sis bro?.. piji lps serai senyap je kisah nya...bila kawin dia rengsa balik nk bgtau dia terpaling... Elok la piji ko bff la ngan soeb...
Quote imanda 16-11-2023 10:43 PM
ya allah laki org lain rutin je kot buat keje rumah tp binik xde ms la plak nk wat penuh album video dlm hp record stiap masa alahaiiiiii
Quote melinda_kerr 17-11-2023 04:21 PM
emo nya lelaki ni...adaje kisah dia ni meroyan itu ini.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.067592 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top