Penghibur legenda Malaysia, Datuk Shake, 73, mengakui sukar untuknya kembali menetap terus di negara ini, melainkan hanya pulang sekali-sekala berikutan anak, cucu dan aset-aset miliknya ada di Perancis.
Datuk Shake atau nama sebenarnya, Sheikh Abdullah Ahmad Bahweres ditemui berkata, rasa sayang terhadap Malaysia di hatinya tidak pernah luntur, namun keluarga adalah keutamaan terutama anak dan cucu. "Bukan saya tak nak duduk Malaysia, tak suka Malaysia, tapi anak-anak saya, cucu saya dan harta benda saya, semua ada di sana (Perancis). "Kebanyakannya (aset) di sana dan sudah tentu saya tidak boleh tinggalkan, terutama anak dan cucu saya, takkan saya nak jauh. Tak boleh. Ini pun dah rindu dah, jadi ia mustahil," katanya kepada Harian Metro selepas sesi fotografi di studio Balai Berita di sini, hari ini. Datuk Shake yang difahamkan sudah dua bulan berada di Malaysia berkata, beliau juga sering pulang ke tanah air sama ada setiap dua bulan, tiga bulan atau empat bulan sekali kerana masih ada keluarga dan sanak saudara di Johor.
Berhijrah ke Perancis ketika berusia 20-an, Datuk Shake bertemu jodoh dengan wanita Perancis, Datin Melina Shake Abdullah dan dikurniakan empat anak iaitu Mina, 52, Natacha, 45, serta sepasang anak kembar Nicholas dan Amaro, 42. Mereka juga kini mempunyai tujuh orang cucu. Berbicara juga mengenai Konsert Datuk Shake di Zepp Kuala Lumpur, beliau mengakui teruja menghiburkan peminatnya pada 16 Disember depan yang dibawakan oleh penganjur, InTour Live Events dengan kerjasama iMe Entertainment Group. "Saya sudah membuat persiapan diri untuk konsert ini dan semoga penjualan tiketnya mendapat sambutan baik daripada peminat. Ini kerana, saya bimbang juga apakah masih ada peminat saya akan datang ke konsert ini? "Apapun, saya akan membuat yang terbaik untuk persembahan pada konsert ini dan teruskan memberi sokongan padu anda semua kepada saya," katanya yang masih aktif menyanyi di Perancis dan fasih dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis. Bakal berlangsung selama 90 minit, Datuk Shake memberitahu sudah menyenaraikan kira-kira 30 buah lagu, antaranya Umi, Anugerah Dari Kegagalan, Lina, Kau Bunga Ku dan You Know I Love You (tu sais je t'aime). Terdahulu, Datuk Shake yang menceburi karier nyanyian di Malaysia pada tahun 1970-an, difahamkan juga pernah berhijrah ke Hollywood, California, Amerika Syarikat (AS) pada 1988 hingga 2011. Sumber: Harian Metro |
telracs replied at 15-11-2023 07:43 PM
Aku terjaga dari tidur
Bagai ada satu suara
Yang lembut membisik padaku... pulanglah
Antifake replied at 16-11-2023 05:33 AM
Tak tau pulak ada 4 anak. Dulu dia selalu tunjuk anak kembar dia aje. Rupanya ada anak dah umur 52.. ...
JunkMail replied at 16-11-2023 07:44 AM
Camne dia dapat datuk kalau tak duduk kat Malaysia sejak umur 20an?
Frangapini replied at 15-11-2023 11:36 PM
Rasanya dia & Family menetap di California , USA. Lama duduk situ.
JunkMail replied at 16-11-2023 07:44 AM
Camne dia dapat datuk kalau tak duduk kat Malaysia sejak umur 20an?
ADVERTISEMENT