GEORGE TOWN – Keluarga lelaki yang maut bersama bakal tunangnya dalam nahas di Jambatan Pulau Pinang pada Sabtu lalu bercadang untuk menuntut keadilan atas kematian mangsa di mahkamah. Nurizyanizzanti Nasuha Nasua, 25, yang memberitahu, keluarga kedua-dua pihak sudah melantik peguam bagi membantu menguruskan kes kematian adiknya, Muhammad Nabil Zikry dan pasangan pemuda itu.
“Sejak kejadian menimpa arwah adik pada Sabtu lalu, sampai hari ini (Selasa) kami tidak menerima apa-apa panggilan atau permohonan maaf serta pertemuan dengan keluarga remaja iaitu pemandu kereta yang terbabit dalam nahas tersebut “Kalau boleh, kami tidak mahu ada apa-apa pertemuan dengan mereka, jumpa kami di mahkamah nanti. “Kami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana sudah melantik peguam untuk menguruskannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Sementara itu, kakak sulung daripada empat beradik itu berkata, mereka mengharapkan pihak polis dapat menjalankan siasatan secara telus meskipun si pelaku merupakan individu bawah umur. “Emak saya kehilangan anak, harap semua pihak faham dengan situasi yang berlaku ketika ini,” ujarnya Aarwah Muhammad Nabil kerap berkongsi hantaran mengenai kematian di akaun TikToknya sejak tiga bulan lalu. Arwah Muhammad Nabil dan pasangannya dijadualkan mengikat tali pertunangan pada 17 Disember ini. Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, arwah Muhammad Nabil dan bakal tunangnya dikenali sebagai Sabrina disahkan maut di tempat kejadian selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh kereta Toyota Lexus Susulan kejadian kemalangan itu, polis memberkas pemandu kereta tersebut yang berusia 16 tahun. Remaja tempatan itu direman selama sehari dan dibebaskan dengan jaminan polis. -CARI Sumber: Kosmo
|
Sazreena replied at 15-11-2023 10:34 AM
Beraninya 16 tahun curi-curi bawak keta. Tu lesen soheh xde..ke pakai lesen OKU.
midori888 replied at 15-11-2023 10:46 AM
kejadian pukul 2:30 pagi...pergi mana? balik kerja kilang kah? kalu bukan kerja, apahal bawa anak da ...
fofuler replied at 15-11-2023 10:49 AM
16 tahun bawa kereta tengah2 malam kat highway, berani betul. Kalau takde apa jadi boleh la layan, n ...
manehnya replied at 15-11-2023 10:50 AM
tipikal anak apek kaya.. cuma get caught or not je
manehnya replied at 15-11-2023 10:49 AM
bkn kerja kilang kot, ikut laporan nk balik perak kan, sorang stay kkangsar kan,
kalau jambatan ...
midori888 replied at 15-11-2023 10:46 AM
kejadian pukul 2:30 pagi...pergi mana? balik kerja kilang kah? kalu bukan kerja, apahal bawa anak da ...
mamajawie: saman la budak tu pastu caj di ...
midori888 replied at 15-11-2023 10:46 AM
kejadian pukul 2:30 pagi...pergi mana? balik kerja kilang kah? kalu bukan kerja, apahal bawa anak da ...
SalenaGomez replied at 15-11-2023 11:20 AM
Boleh, saman budak tu dan mak pak dia skali. Yg ni obvious salah. Kalau terlepas juga, x tahu nak ...
Rdizz replied at 15-11-2023 11:14 AM
Ya.. i wonder too at 2.30am buat apa, org kata pagi buta, sgt lah tak normal kecuali baru balik ke ...
ADVERTISEMENT