CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9345|Reply: 94

Lelaki Maut Dengan Tunang "Tiada Permohonan Maaf, Tunggu Di Mahkamah"

[Copy link]
Post time 15-11-2023 10:22 AM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN – Keluarga lelaki yang maut bersama bakal tunangnya dalam nahas di Jambatan Pulau Pinang pada Sabtu lalu bercadang untuk menuntut keadilan atas kematian mangsa di mahkamah.


Nurizyanizzanti Nasuha Nasua, 25, yang memberitahu, keluarga kedua-dua pihak sudah melantik peguam bagi membantu me­ng­u­ruskan kes kematian adiknya, Muhammad Nabil Zikry dan pasangan pemuda itu.




Gambar kenangan arwah Muhammad Nabil bersama kakak keduanya, Imanina. Foto: Kosmo




“Sejak kejadian menimpa arwah adik pada Sabtu lalu, sampai hari ini (Selasa) kami tidak menerima apa-apa panggilan atau permohonan maaf serta pertemuan dengan keluarga remaja iaitu pemandu kereta yang terbabit dalam nahas tersebut


“Kalau boleh, kami tidak mahu ada apa-apa pertemuan dengan mereka, jumpa kami di mahkamah nanti.


“Kami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana sudah melantik peguam untuk menguruskannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Sementara itu, kakak sulung daripada empat beradik itu berkata, mereka mengharapkan pihak polis dapat menjalankan siasatan secara telus meskipun si pelaku merupakan individu bawah umur.


“Emak saya kehilangan anak, harap semua pihak faham de­ngan situasi yang berlaku ketika ini,” ujarnya


Aarwah Muhammad Nabil kerap berkongsi hantaran mengenai kematian di akaun TikToknya sejak tiga bulan lalu.


Arwah Muhammad Nabil dan pasangannya dijadualkan mengikat tali pertunangan pada 17 Disem­ber ini.


Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, arwah Muhammad Nabil dan bakal tunangnya dikenali sebagai Sabrina disahkan maut di tempat kejadian selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh kereta Toyota Lexus


Susulan kejadian kemalangan itu, polis memberkas pemandu kereta tersebut yang berusia 16 tahun.


Remaja tempatan itu direman selama sehari dan dibebaskan dengan jaminan polis. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 10:34 AM | Show all posts
Beraninya 16 tahun curi-curi bawak keta. Tu lesen soheh xde..ke pakai lesen OKU.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 10:46 AM | Show all posts
Sazreena replied at 15-11-2023 10:34 AM
Beraninya 16 tahun curi-curi bawak keta. Tu lesen soheh xde..ke pakai lesen OKU.

ikut laporan mmg x dak lesen budak tuh, bkn perkara luar biasa.. biasa... tambah lak gengC

kad oku mgkin tgh buat skrg.. babirah betui..

smoga tekanan netizen dpt tolong kes ni supaya lebih telus.. x kira anak datok ke toknek ke

*anak sedara kena lawan arus 3yr ago kt J1 mati sbb C jugak
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 10:46 AM | Show all posts
kejadian pukul 2:30 pagi...pergi mana? balik kerja kilang kah? kalu bukan kerja, apahal bawa anak dara org pagi2 buta...

yg langgar tu mmg dah terang2 salah, bawa keta takde lesen, dgn underage lagi, sila saman parents dia skali...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
16 tahun bawa kereta tengah2 malam kat highway, berani betul. Kalau takde apa jadi boleh la layan, ni dah langgar anak orang nak jawab apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 10:49 AM | Show all posts
midori888 replied at 15-11-2023 10:46 AM
kejadian pukul 2:30 pagi...pergi mana? balik kerja kilang kah? kalu bukan kerja, apahal bawa anak da ...

bkn kerja kilang kot, ikut laporan nk balik perak kan, sorang stay kkangsar kan,

kalau jambatan kt penen, 12am-6am timing mabok2 tambah2 hr minggu.. seram, lg seram dr tgk puntianak

depa p mkn nasi berator katanya, ns tu kan start 10pm baru jual... depa masuk ikut J2, mkn n nk balik ikut J1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2023 10:50 AM | Show all posts
fofuler replied at 15-11-2023 10:49 AM
16 tahun bawa kereta tengah2 malam kat highway, berani betul. Kalau takde apa jadi boleh la layan, n ...

tipikal anak apek kaya.. cuma get caught or not je
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 10:58 AM | Show all posts
saman la budak tu pastu caj dia under membunuh..agak2 boleh x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 15-11-2023 01:36 PM

Kat Edisi Siasat ada bagi gambor budak lehnat tu.

Muka slenga, noob!Muka buat vodooo jah takde perasaan langsong!

Nanti keluar letewww segala kad mental O terpalingggggggggg play victim namampos!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 15-11-2023 10:50 AM
tipikal anak apek kaya.. cuma get caught or not je

Anak apek rupanya. Ingatkan minah rempit bawah umur drive keta langgar orang last2 mengaku kena rogol. Apa perkembangan kes tu skrg?

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:09 AM | Show all posts
fight abes abesan....saman kaw2, jgn layan kalo nak settle luar
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:09 AM | Show all posts
aku doakan moga kes ni dipermudahkan & berjalan lancar. harap capai kemenangan
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:11 AM | Show all posts
manehnya replied at 15-11-2023 10:49 AM
bkn kerja kilang kot, ikut laporan nk balik perak kan, sorang stay kkangsar kan,

kalau jambatan  ...

tgh malam + pagi buta bawa anak dara org, naik moto pastu jauh jugak perjalanan...kalu adik meols buat mcm nie, meols sure blow my top.

kan...tgh2 mlm - pagi2 buta ramai drunk driver, nasib tak baik tak pasal2 accident...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 15-11-2023 10:46 AM
kejadian pukul 2:30 pagi...pergi mana? balik kerja kilang kah? kalu bukan kerja, apahal bawa anak da ...

Ya.. i wonder too at 2.30am buat apa, org kata pagi buta, sgt lah tak normal kecuali baru balik kerja shif kilang ke.. tapi ada ke kilang shif mcm tu. Org islam patut lebih baik akhlak.

Yg bdk cina tak cukup umur langgar org tu, patut hukum berat, dan kena war2 kan supaya yg lain yg ada intention mcm tu takut. Mcm bdk cina pompuan yg drive lwn arus dulu tu, hilang nyawa org semudah tu ja. Tapi kes pun senyap mcm tak ada hukuman pun, gerammm.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie: saman la budak tu pastu caj di ...


Boleh, saman budak tu dan mak pak dia skali. Yg ni obvious salah. Kalau terlepas juga, x tahu nak komen apa.

Kalau parents budak x minta maaf, itu x pelik. Diorg tahu once minta maaf consider mengaku salah. Depa bkn macam malay, betul ke salah ke minta je maaf
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:20 AM | Show all posts
midori888 replied at 15-11-2023 10:46 AM
kejadian pukul 2:30 pagi...pergi mana? balik kerja kilang kah? kalu bukan kerja, apahal bawa anak da ...

dorang pergi makan nasi kandar kalau x silap..ada nampak kat gmba last dorang post

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 11:21 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 15-11-2023 11:20 AM
Boleh, saman budak tu dan mak pak dia skali. Yg ni obvious salah. Kalau terlepas juga, x tahu nak  ...

kang jadi cam si keting tu tau memang budak lajak pun salah tapi sheollss lagi bersalah langgar bebudak ni sampai terperosok bawah kereta dia jadi bengkok mayat budak kena sondol keta dia..camne la keting tu hidup lepas langgar 8 budak sampai mati ni??

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:22 AM | Show all posts
Rdizz replied at 15-11-2023 11:14 AM
Ya.. i wonder too at 2.30am buat apa, org kata pagi buta, sgt lah tak normal kecuali baru balik ke ...

belum bertunang pun lagi...tak pasal2 mati anak dara org...

agreed...yg bawa keta tu patut dihukum berat...termasuk parents2 dia skali...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
iols sokong saman habis-habisan.
byk betul kesalahan bdk tu, keluar sendirian pagi2 buta,bwk kereta takde lesen, cuai, langgar sampai mati 2org.
buat sampai masuk jail+bayar saman skali. saman jugak makpak dia.

penang ni kalau blh elak la naik bridge pkl 1pagi keatas. ramai org giler mabuk nak mampos tp ajak org lain skali, kot mampos sorg2 tak pe la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:27 AM | Show all posts
teruskan sampai jadi
jangan sekerat jalan je nanti setel luar mahkamah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.076824 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list