Diana Danielle dah jawab lebih 50 kali pertanyaan orang ramai berhubung dakwaan dia sedang hamil. Tegasnya dia tidak akan sesekali merahsiakan berita kehamilan sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku tetapi hakikatnya hanya berat badan sahaja yang bertambah ketika ini.
“Saya sudah menjawab sekitar 50 pertanyaan (soalan hamil) sejak dua bulan lalu. Saya tidak hamil, hanya berat badan bertambah. “Jangan risau, saya akan umumkan kepada semua kalau sudah berbadan dua cuma buat masa sekarang hanya lemak dan sangat menikmati makanan,” katanya dalam ruangan komen membalas pertanyaan netizen.
Dalam pada itu, bintang filem Gol & Gincu 2 itu juga meminta orang ramai tidak membuat andaian sendiri hanya kerana perut seorang wanita kelihatan buncit. “Jika anda melihat seseorang dengan perut buncit, tidak semestinya hamil. Mungkin mereka hanya baru sahaja menikmati hidangan lazat.
“Sekiranya melihat wajah mereka berseri, juga tidak bermaksud sedang mengandung. Barangkali hasil rawatan wajah yang bagus,” ujarnya. Sejak kebelakangan ini, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson sering didakwa sedang berbadan dua. Khabar angin tersebut mula tercetus selepas beberapa minggu dia kembali rujuk dengan suami yang juga aktor, Farid Kamil sekitar September lalu.
Dalam pada itu, Diana sebelum ini juga menafikan dirinya hamil dan menjelaskan berat badannya semakin bertambah kerana semakin berselera setiap kali waktu makan. Sebelum itu, pasangan tersebut disahkan bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu menerusi Google Meet di hadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Hasil perkahwinan yang dibina sejak 11 tahun lalu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun. -CARI Sumber: Kosmo
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|