CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wanna Ali Sentuh Berlapik Bila Berlakon Dengan Alif Satar

14-11-2023 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3783| Komen: 0

Tiada babak bersentuhan secara keterlaluan, namun Wanna Ali dan Alif Satar berjaya menghidupkan watak romantis sebagai pasangan suami isteri dalam drama Bukan Sekadar Lafaz.

Kata Wanna  dia menghormati status Alif sebagai suami orang dan akur dengan prinsip yang dipegang aktor berkenaan.


Malah, setiap babak bersentuhan yang dilakonkan mereka kebanyakannya dilakukan secara berlapik.


Foto: IG

"Saya boleh katakan kalau ada babak bersentuhan kami pasti berlapik. Saya pun tidaklah meminta Alif untuk pegang tangan saya.

"Sebagai pelakon saya tahu sempadan dan menghormatinya sebagai seorang suami. Saya tahu kalau berlakon dengan Alif memang tiada babak bersentuhan, jadi saya sangat menghormati dia, isteri dan prinsip yang dia pegang.

"Lagipun di Malaysia ini terutamanya dalam industri hiburan, kalau seseorang itu sudah ada pasangan kita memang tidak digalakkan untuk melakukan babak sebegitu (berpegangan),” katanya kepada mStar.



Wanna bersyukur apabila gandingannya bersama Alif mendapat sambutan positif daripada penonton.

Wanna berpendapat gandingan bersama pelakon hebat merupakan antara faktor drama itu berjaya memberi impak kepada penonton.

Malah, dia mengakui keserasian yang dimiliki bersama Alif menjadi sebab utama drama tersebut diterima ramai.



"Setiap kali saya berlakon drama yang baik sebenarnya yang membantu lakonan saya adalah pasangan pelakon itu sendiri.

"Saya pernah juga berlakon dengan seorang pelakon yang memang tidak memberi sepenuhnya dalam lakonan. Jadi drama itu sekadar hanya ditayangkan di televisyen dan tidak mendapat sambutan.


"Dengan Alif pula dia banyak membantu saya dari segi keserasian. Kami banyak berborak dan dari situ chemistry antara kami dapat terjalin.

"Hasilnya usaha itu berjaya dilakokan dengan baik di depan skrin (televisyen). Lakonan kita pun lebih ikhlas dan sebab itu saya rasa pasangan pelakon itu sangat penting," ujarnya.



Selain Wanna dan Alif, Bukan Sekadar Lafaz terbitan Pencil Pictures Sdn Bhd turut menampilkan lakonan Yuna Rahim, Malek Mccrone, Mia Nasir, Wanns Ahmad, Razzuan Rosli dan Ahmad Idham. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.114913 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top