Sophia Albarakbah adalah seorang wanita yang lemah lembut dan sopan. Shah Radhi berkata dia sudah mengenali Sophia sebelum aktres itu berjaya mencipta nama dalam industri. Malah, aktor berusia 28 tahun itu berkata dia tidak percaya dengan segala kontroversi dan gosip yang melanda Sophia sebelum ini. "Saya tidak percaya benda itu (gosip) yang terkena pada Sophia, bukan sebab saya mahu ambil hati kerana namanya sudah naik, tidak. Sebab saya kenal dia macam mana.
|
ADVERTISEMENT