Jakarta: Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sepasang pengantin baharu di Madura, wilayah Jawa Timur menerima beberapa kalungan wang kertas bernominasi 50,000 rupiah (RM14.98) dan 100,000 rupiah (RM29.95) sebagai hadiah daripada keluarga, lapor laman berita Wolipop semalam.
Dalam video tersebut, beberapa tetamu dilihat memakaikan kalungan wang ke leher pasangan mempelai secara bergilir-gilir. Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Matus, situasi seperti itu sering terjadi di Madura disebabkan amalan tradisi penduduk pulau berkenaan. “Di sini, amalan seperti itu sudah biasa berlaku, tiada yang aneh. Namun, saya tidak mengetahui jumlah wang yang dikalungkan itu. “Kalungan wang itu dianggap pemberian daripada saudara-mara dan rakan-rakan,” kata jurusolek merangkap juruhias pelamin tersebut. Video itu menjadi tular di platform TikTok dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Kalau tidak silap, mengikut adat di Madura, tuan rumah akan mengumumkan jumlah wang yang disedekah di dalam sampul. Jadi, semua orang berlumba-lumba mahu memberi wang yang banyak,” kata seorang netizen. “Terus bawa pulang modal (belanja) majlis tiga kali ganda,” kata pengguna lain. Sumber: Kosmo! Online |
Decaffeinated replied at 14-11-2023 12:08 PM
Gigih la aku google image
yang merah tu 100k ~ RM30
cikatilia replied at 14-11-2023 09:54 AM
seram nya pengantin pompuan
midori888 replied at 14-11-2023 12:23 PM
baru belek2 duit indon yg ada kat umah mlm tadi sbb adik meols nak gi Jakarta esok, sbb kerja...meo ...
Decaffeinated replied at 14-11-2023 12:46 PM
teringat dulu pi indon 2k tu bayar masuk tandas ja
tak lama lagi cash ni akan jadi bahan antik ti ...
ADVERTISEMENT