Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan punca Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri lebih awal, iaitu selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sedangkan beliau sudah berjanji memberi laluan kepada Presiden PKR itu.
Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas parti diterajuinya, BERSATU bersama PH yang diterajui Anwar berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 2018. Katanya, beliau sudah berjanji akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh pentadbiran PH sebagai kerajaan di peringkat Persekutuan. "Saya sudah janji dan saya akan tunaikan janji. Apabila saya bersama dengan DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka pilih saya untuk jadi calon Perdana Menteri. "Tapi mereka juga tentukan saya jadi Perdana Menteri untuk beri peluang kepada Anwar jadi Perdana Menteri dan saya terima itu," katanya dalam rakaman podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shaharil Hamdan, yang disiarkan hari ini.
Jelas Dr Mahathir, niatnya itu tidak dapat dilunaskan kerana berlakunya Langkah Sheraton yang berjaya menumbangkan kerajaan PH pada Februari 2020.
|
tripleid replied at 14-11-2023 10:38 AM
bila ular berkata2..sepatah pun takleh caya
asamfish replied at 14-11-2023 11:03 AM
10 dia cakap, 11 jangan percaya...gihtewwww...ujung2 semua org tak betoi...ujung2 hangin mere ...
adizero11 replied at 14-11-2023 10:22 AM
Tun is totally master in politics..tiap alasan yg dia beri memang kukuh..that's why Anwar sendiri pn ...
nolya replied at 13-11-2023 04:44 PM
"Saya hendak beri (jawatan Perdana Menteri) kepada Anwar, tetapi sebelum saya dapat beri, parti saya ...
MissYouSayang replied at 14-11-2023 10:27 AM
Pemikiran tun sgt sharp. Puas hati aku tgk.
Semua soalan provokasi dari kj, tun dpt tangkis dgn te ...
kepompong replied at 13-11-2023 04:47 PM
kenapa bukak citer lama
ADVERTISEMENT