Gombak: Tiga penjawat awam dan tiga lelaki tempatan ditahan 10 November lalu selepas disyaki menculik dan peras ugut seorang warga asing. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak saudara mangsa berhubung kejadian itu pada 8 November.
"Pengadu menyatakan bapa saudaranya meminta untuk diselamatkan dengan membawa sejumlah wang. "Kemudian pengadu menerima panggilan daripada satu nombor yang tidak dikenali memberi amaran supaya tidak membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, bertindak di atas maklumat sepasukan polis dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan tiga lelaki yang juga penjawat awam terbabit dalam operasi jam 9.30 malam sekitar di Lembah Klang. Katanya, polis masih memburu tiga suspek awam dipercayai terbabit dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.
"Kesemua penjawat awam dan tiga lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 (khianat) dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan (kurungan salah). "Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kes ini tanpa melindungi mana-mana pihak," katanya. Terdahulu tular di media sosial berhubung penculikan membabitkan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga seorang wartawan sebuah media antarabangsa. Sumber: Harian Metro
|
wikedsaikel: Penjawat awam tu anggota berun ...
ADVERTISEMENT