Kuching: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mewajibkan operator Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) menghubungi ibu bapa dengan segera jika ada kanak-kanak tidak hadir ke kelas seperti biasa.
Itu antara peraturan baharu yang dilaksanakan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian Taska dan Tadika bagi mengelak kejadian ibu bapa tertinggal anak di dalam kereta. Menteri KPWKK, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu dilaksanakan susulan kekerapan kes kanak-kanak maut selepas ibu bapa yang terlupa dan meninggalkan mereka di dalam kereta. Menurutnya, Taska dan Tadika juga perlu mendapatkan nombor telefon tambahan kalangan ahli keluarga kanak-kanak selain ibu bapa bagi membolehkan tindakan segera diambil jika berlaku kecemasan. Nancy berkata, berikutan kekerapan kejadian kanak-kanak maut selepas tertinggal di dalam kereta, KPWKM menerima pelbagai reaksi serta cadangan daripada orang ramai bagi mengatasi masalah itu.
"Tetapi banyak cadangan itu bukan di bawah bidang kuasa KPWKM seperti melarang penggunaan cermin kereta gelap. "Apa yang kami laksanakan ialah memperbaharui SOP Taska dan Tadika manakala yang lain seperti cermin kereta gelap itu bidang kuasa kementerian lain," katanya. Sementara itu, Nancy berkata, Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) yang ditubuhkan pada 1 September lalu akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga tahun 2026. Ini kerana katanya, beberapa perkara perlu diselesaikan antaranya pengisian perjawatan selain meminda beberapa akta berkaitan. "Bagi pengisian jawatan, untuk tahun ini kami mengiklankan 169 jawatan dan sudah menerima sebanyak 11,000 permohonan, proses temuduga dijalankan berterusan. "Tahun 2024 dan 2025 pula sebanyak 245 jawatan perlu diisi, sebab itu JPKK hanya akan mempunyai Ketua Pengarah sendiri dan keluar dari JKM pada 2026," katanya. Sumber: Harian Metro
|
akies replied at 13-11-2023 09:57 AM
Patutnya parents la inform pada cikgu2 taska bila anak2 tak dpt hadir.
akies replied at 13-11-2023 09:57 AM
Patutnya parents la inform pada cikgu2 taska bila anak2 tak dpt hadir.
Decaffeinated replied at 13-11-2023 10:43 AM
Taska telefon polis. Polis pi check kalau perlu tangkap mak bapa yg cuai.
ADVERTISEMENT