View: 4231|Reply: 96
|
Operator Taska, Tadika Wajib Hubungi Ibu Bapa Jika Kanak-Kanak Tidak Hadir Kelas
[Copy link]
|
|
Kuching: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mewajibkan operator Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) menghubungi ibu bapa dengan segera jika ada kanak-kanak tidak hadir ke kelas seperti biasa.
Itu antara peraturan baharu yang dilaksanakan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian Taska dan Tadika bagi mengelak kejadian ibu bapa tertinggal anak di dalam kereta.
Menteri KPWKK, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu dilaksanakan susulan kekerapan kes kanak-kanak maut selepas ibu bapa yang terlupa dan meninggalkan mereka di dalam kereta.
Menurutnya, Taska dan Tadika juga perlu mendapatkan nombor telefon tambahan kalangan ahli keluarga kanak-kanak selain ibu bapa bagi membolehkan tindakan segera diambil jika berlaku kecemasan.
Nancy berkata, berikutan kekerapan kejadian kanak-kanak maut selepas tertinggal di dalam kereta, KPWKM menerima pelbagai reaksi serta cadangan daripada orang ramai bagi mengatasi masalah itu.
"Tetapi banyak cadangan itu bukan di bawah bidang kuasa KPWKM seperti melarang penggunaan cermin kereta gelap.
"Apa yang kami laksanakan ialah memperbaharui SOP Taska dan Tadika manakala yang lain seperti cermin kereta gelap itu bidang kuasa kementerian lain," katanya.
Sementara itu, Nancy berkata, Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) yang ditubuhkan pada 1 September lalu akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga tahun 2026.
Ini kerana katanya, beberapa perkara perlu diselesaikan antaranya pengisian perjawatan selain meminda beberapa akta berkaitan.
"Bagi pengisian jawatan, untuk tahun ini kami mengiklankan 169 jawatan dan sudah menerima sebanyak 11,000 permohonan, proses temuduga dijalankan berterusan.
"Tahun 2024 dan 2025 pula sebanyak 245 jawatan perlu diisi, sebab itu JPKK hanya akan mempunyai Ketua Pengarah sendiri dan keluar dari JKM pada 2026," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tukar tanggungjawab ke org lain.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya parents la inform pada cikgu2 taska bila anak2 tak dpt hadir.  |
|
|
|
|
|
|
|
Maknanye kalau ade kes mak pak tinggal anak dlm kete sampai mati, taska pon kena menjawap la ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih org malaysia ni.. Semua benda nk mengharap org lain tolong ingatkan |
|
|
|
|
|
|
|
Ok what..skrg ada wasap..senang je pun.. bukan mcm zaman dolu nk kena keluar duit bil tepon sorg2 |
|
|
|
|
|
|
|
Taska telefon polis. Polis pi check kalau perlu tangkap mak bapa yg cuai.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa pass ke taska?
esok dah beso2 smer pass kat orang.. jatuh longkang pun salahkan boss
bodoe punya solution
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak yg di seat belakang kereta pun emakayah boleh lupa nak beritau, inikan pulak nak tepon taska. Emakayah sepatutnya tepon awal2 anaknya tak datang taska kerana demam ke atau ada emergency mereka semua harus balek kg.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni main tangkap muat ke hapa?? Tangkap aja makpak yang cuai or lupa sampai anak mati.. baru parents akan beringat2. So sick la orang muda sekarang ni. Kawin beranak tak lupa pulak. So irresponsible la. Dah kenapa orang lain yang kena bertanggungjawab!!!! Cerdik tak boleh diikut. |
|
|
|
|
|
|
|
kan boleh wajibkan operator taska tu punchcard/face scan/etc macam kat office tu?
kalau tak log in dalam tempoh tertentu, sistem ping hp/sms/robotcall/post ke socmed dia (kes konon hadap sangat sales kat socmed tu)/etc....
|
|
|
|
|
|
|
|
alang2 tu
kenapa x wajibkan jugak
bomba, polis trafik, angkatan tentera, pegawai JKM, pegawai daerah, tukang kebun sekolah, pekerja restoran, bangla potong rumput, jiran, ketua kampung, menteri hatta PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ini macam mak pak x didik anak2
suruh cikgu sekolah didik anak depa
kalo anak wat salah
cikgu kena |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni kalo ada anak mati tertinggal dalam kete lagi
yg kena penjara cikgu tadika
mak pak lepas tangan |
|
|
|
|
|
|
|
Not a proper solution madam minister weii..
Xbyk.. sikit, dh lifted depa punya tgungjwb as makPak tau.
They will take it fr granted.
Purcaya lar.
Ujung² nnt, senang aje salahkn taska. |
|
|
|
|
|
|
|
Taska tuu pun tepon laa mak pakkk.. mak pak tengking taska pulek sbb dah ganggu depa time mesyorat.. hahaha.. aku yg tepon mak pak nape anak tak school pun kena.. aku rasa penyelesaian terbaik adalah suh polis cek setiap anak depa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je klu nak kerjasama.. nak2 untuk bayi yg dihantar ke taska. Perlu double triple beringat. Cuma kalau pihak taska whatsapp or call, jangan pula parents buat2 tak nampak. Patutnya sesama pasangan lg wajib update sesama mrk. Dah drop anak, dah sampai kerja, simple messages like that. Cuma mgkn tak ramai amalkan benda ni.. maka pepandai la tanggung dgn cara yg masing2 selesa.
|
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 13-11-2023 09:57 AM
Patutnya parents la inform pada cikgu2 taska bila anak2 tak dpt hadir.
Betul. Parents kene inform cikgu dalam wasap pon ckup. Utk ibu bapa ni template utk beritahu kalau anak tak dtg. Mak pak lain copy, tulis nama anak masing2 jika tak hadir.
Selamat pagi cikgu Nora
Murid- murid tidak hadir pada Isnin (13 Nov)
1. Ali - demam
2.
3.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau i i xsuka org call ..klau dh x hantar tu maknanya x hantar la |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 13-11-2023 10:43 AM
Taska telefon polis. Polis pi check kalau perlu tangkap mak bapa yg cuai.
kat malaysia ni, kalu mak pak cuai smpi anak meninggal, dimaafkan..kalu anak luka @ meninggal kat tangan cikgu @ pengasuh, baru la kena tangkap..so kesian pada anak yg meninggal kat tangan mak bapak..takde pembelaan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|